Bapa dua anak dituduh mencabul – Sinar Harian


Bapa dua anak dituduh mencabul
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Disember 2013
 
 

SEREMBAN – Seorang bapa kepada dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini kelmarin, atas tuduhan mencabul dua wanita dan mencederakan seorang lelaki di sebuah kedai di Sikamat, bulan lalu.

Ganesan, 32, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap  Low Boon Hui,17 dan Chong Pek Kee, 23, dengan niat untuk mencabul kehormatan mereka, pada 22 November lalu, antara jam 5.20 petang sehingga jam 5.40 petang, di dalam sebuah kedai di Taman Sri Pulai Sikamat di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa penjara maksimum 10 tahun atau denda dan dengan sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mencadangkan wang jaminan RM4,000 dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh untuk serahan dokumen.

Tertuduh yang diwakili peguam Norliana Ali Othman kemudiannya merayu agar wang jaminan dikurangkan.

SISTEM PERTUKARAN GURU e-GTukar – Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah)


SISTEM PERTUKARAN GURU e-GTukar – Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah)

 

Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah) Bagi Urusan Pertukaran Januari 2014 Akan Diumumkan Pada 6 Disember 2013

Sumber : http://apps.moe.gov.my/epgo/

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dijangka Dilaksana Dengan Berkesan Pada April 2014 – Bernama


Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dijangka Dilaksana Dengan Berkesan Pada April 2014

 

Muhyiddin Yassin. Foto: NORAFIFI EHSAN/The Star

 

KUALA LUMPUR: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijangka dilaksanakan secara lebih berkesan pada April tahun depan bagi mengelak ia menjadi bebanan kepada guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memberi jaminan bahawa sistem itu akan ditambah baik dan diperbaiki dengan kadar segera.

“Yang jadi masalah bukan dasar tetapi pelaksanaannya yang menjadi bebanan kepada guru-guru, saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini akan kita atasi dengan sebaiknya,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan telah mengarahkan pihak kementerian supaya memperbaiki akses kepada sistem itu bagi guru-guru mengisi prestasi murid-murid tanpa sebarang masalah.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Bagi memperkasa pendidikan Islam, Muhyiddin berkata buat permulaan, modulpendidikan Islam Ulul Albab akan diperluaskan di sebuah sekolah agama terpilihdi setiap negeri tahun depan.

“Pada masa ini ada empat buah sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu yang melaksanakan modul ini. Menerusi modul ini, selain dapat mempelajari mata pelajaran biasa, ia juga dapat disasarkan untuk khatam hafazan (Al-Quran) sebelum tamat SPM dan ini sebahagian besar yang dituntut masyarakat Islam di negara kita,” katanya.

Beliau berkata program yang berasaskan prinsip quranik, ensiklopedik dan ijtihad itu diharap dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang pencapaian akademiknya, tetapi juga cemerlang penghayatan agama Islamnya.

Selain bercadang mewujudkan kolej komuniti Islam, kolej komuniti sedia ada juga akan diperluaskan peranannya dengan mengintegrasikan program latihan yangditawarkan kolej itu dengan pendidikan Islam sepanjang hayat.

“Setakat hari ini sudah wujud 85 kolej komuniti dan program-programberkaitan pendidikan Islam akan kita masukkan ke dalam program latihan di kolejberkenaan.

“Saranan saya ialah agar pendidikan Islam sepanjang hayat dijadikan dasarutama untuk menyebarluaskan pengetahuan ilmu kefahaman kita tentang Islam,” kata Muhyiddin.

Mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu ditambahbaik, beliau berkata kementerian akan memperhalusi kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk dasar pinjaman boleh ubah.

“Ada yang mencadangkan kita perlu mengkajinya dan tidak semestinya mahasiswayang mendapat Ijazah kelas pertama sahaja yang layak diberi insentif pemotonganatau biasiswa.

“Tetapi juga pencapaian pelajar Bumiputera lain boleh diambil kira sebagaisatu cara bagi galakan kepada mereka, perkara ini akan kita perhalusi dan telitidan kita akan umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar Biro-biro Pendidikan Umno di semua bahagian mengambil peranan utama untuk terlibat secara langsung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan menterjemahkannya di seluruh peringkat akar umbi.

“Ini kerana tiada seorang pun anggota kita yang terkecuali daripada mendapatkesan dan faedah dari PPPM,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berdolak dalih malah akan terusmelaksanakan segala perakuan yang dibuat di dalam pelan itu walaupun ada pihakyang mempertikaikan pelaksanaannya.

“Saya selaku Menteri Pendidikan yang diberi amanah, tidak akan berdolak dalih dan akan terus melaksanakan PPPM tidak kira suara datang dari mana-mana pihak sekalipun.

“Ini kerana tujuan dan matlamat yang digariskan dalam pelan ini adalah untukmengangkat martabat masyarakat Malaysia ke tahap lebih tinggi menerusi sistempendidikan negara kita,” katanya. BERNAMA

Bina sekolah Ulul Albab – Metro


Bina sekolah Ulul Albab

Kuala Lumpur: Dasar menjadikan pendidikan Islam sebagai konsep pendidikan sepanjang hayat akan diteruskan menerusi pembukaan Kolej Komuniti Islam selain kolej komuniti sedia ada yang disepadukan.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan juga komited untuk mewujudkan sekolah Ulul Albab dengan permulaan di empat sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan Terengganu sebelum modulnya dilaksanakan di setiap negeri mulai bulan depan.
“Bagi isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula, kerajaan sedang meneliti cadangan dikemukakan secara terperinci, termasuk proses pembayaran balik dan ia akan diumumkan tidak lama lagi. “Dalam soal Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), ia bukan bertujuan membebankan guru dan kementerian memberi jaminan akan melaksanakannya dengan baik. “Semua langkah wajar sudah mula diambil dan kita sedang membaiki sistem akses bagi membolehkan guru mendapatkan bahan, insya-Allah selesai pada April depan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, semalam.

 

Menurutnya, kerajaan tidak akan berdolak-dalih, sebaliknya terus bertegas melaksanakan segala perakuan, perancangan yang dirangka di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
“Saya sarankan Biro Pendidikan UMNO yang sudah lama ditubuh di semua bahagian mengambil langkah ke depan, bukan hanya dengan mengambil tahu mengenai pelan ini tetapi membabitkan diri secara langsung di peringkat akar umbi kerana manfaat pelan ini yang tiada satu pun terkecuali daripada menerimanya,” katanya.
Selain itu, beliau memberi gred A+ kepada semua perwakilan yang membahaskan usul pada perhimpunan kali ini yang disifatkannya memperlihatkan kematangan dan bersedia menyahut proses transformasi politik yang berlangsung ketika ini.

 

Katanya, transformasi ketara adalah sistem pemilihan parti yang perlu diambil serius semua pihak, terutama pimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri untuk penambahbaikan.
“Peringkat perhubungan negeri perlu meneliti perkara yang berkaitan proses pemilihan kita… apakah perakuan yang nak dibuat dalam kita nak menambah baik, dari segi pentadbirannya, proses pemilihan itu sendiri, sistem yang diguna pakai, syarat disebutkan untuk melayakkan seseorang itu layak bertanding dan sebagainya.

 

“Sebaik saja pihak negeri selesai mengadakan mesyuarat dan berbincang serta mengumumkan perakuan ini kepada pihak Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pemilihan (JPSP), masa yang sesuai akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan satu persidangan agung khas.
“Persidangan ini akan dijadikan medan membincangkan proses pemilihan, prosedur dan aturan peraturannya, termasuk juga berkaitan pindaan Perlembagaan parti yang akan dijelas secara lanjut oleh Presiden nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau percaya prestasi dan pencapaian UMNO akan terus gemilang pada masa depan menerusi pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai alat memantau dan sistem perkaderan yang menggalakkan pemimpin muda mengerti perjuangan dan idealisme parti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Wanita paksa anak minum racun direman – Metro


Wanita paksa anak minum racun direman

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang tergamak memaksa tiga anaknya meneguk minuman dicampur racun serangga sehingga menyebabkan anak bongsunya meninggal dunia, ditahan reman selama tujuh hari.

Dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 4, Bukit Mahkota, di sini, Isnin lalu, selain wanita berusia 31 tahun meminum racun berkenaan, dia turut memaksa tiga anaknya berusia antara 10 hingga 15 tahun meneguk minuman itu sebagai balasan kepada suami yang didakwa tidak berlaku adil kerana sering pulang ke rumah isteri pertamanya.
Anak perempuan sulung bagaimanapun enggan minum racun itu, manakala dua anaknya yang lain menuruti arahan suspek menyebabkan dua anaknya menerima rawatan di Hospital Serdang sebelum anak perempuan bongsu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari mendapatkan rawatan di hospital sama.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita terbabit direman hingga 12 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Kajang dan dilaporkan stabil, begitu juga anak lelakinya. Polis akan merakam keterangan suspek sebaik rawatan selesai.
“Malah, kita juga masih mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan. Kita difahamkan suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

 

Semalam, Harian Metro melaporkan, akibat tidak berpuas hati kerana suaminya tidak pulang ke rumah seminggu, seorang suri rumah nekad meneguk minuman ringan dicampur dengan racun serangga dalam kejadian di rumahnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

350 budak ditahan – Sinar Harian


350 budak ditahan

Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM

Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Jalan Doraisamy, di sini, dipercayai menjadi markas ratusan remaja berhibur dari lewat malam hingga awal pagi.

Aktiviti tidak bermoral pusat hiburan itu bagaimanapun terbongkar hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Berikutan itu, operasi diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama empat pegawai dan 18 anggota menyerbu pusat hiburan itu jam 3 pagi semalam.

 

“Seramai 350 pengunjung diperiksa. Hasilnya, daripada jumlah itu seramai 190 remaja bawah umur berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan.
“Kita turut menahan seorang remaja lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki polis atas kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun,” katanya.
Beliau berkata, turut ditahan enam wanita Indonesia yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

 

Mohamad berkata, pusat hiburan berkenaan akan dikenakan tindakan kerana disyaki melanggar peraturan lesen pusat hiburan dan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis itu selain beroperasi lebih masa.
Difahamkan, pusat hiburan itu menjalankan operasi seawal jam 6 petang hingga melebihi jam 3 pagi dan sering dikunjungi remaja bawah umur, terutama pada malam minggu.

 

Katanya, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Gadis dicabul bomoh – Sinar Harian


Gadis dicabul bomoh
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Disember 2013
  • Noor Mushar Muhammad Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Kononnya ingin membuang hantu dalam badan bapa, sebaliknya anak perempuan lelaki itu pula menjadi mangsa cabul seorang bomoh di sebuah rumah taman perumahan di Sabak Bernam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46 tahun mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

“Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh pelajar tingkatan tiga itu baring diruang tamu rumah dengan ditutupi kain,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan.

“Sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa yang berang dengan perlakuan jijik suspek itu terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah.

“Semasa dalam perjalanan pulang, anak mangsa menceritakan kepada bapanya yang dia dicabul bomoh terbabit di bahagian dada dan kemaluan,” katanya.

Menurut Noor Mushar, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Katanya, kes itu disasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Tanggungjawab didik remaja lebih besar – Sinar Harian


Tanggungjawab didik remaja lebih besar
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Disember 2013
  • Tanggungjawab didik remaja lebih besar Kanak- kanak Dun Perupuk sempat bergambar sebelum mengambil giliran berkhatan dekat sini, semalam.
< 1 / 1 >

BACHOK – Tanggungjawab untuk membesarkan anak peringkat remaja lebih besar berbeza berbanding ketika mereka kanak-kanak.

Adun Perupuk, Mohd Huzaimy Che Husin berkata, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu untuk menghadapi cabaran globalisasi dalam membesarkan anak- anak.

“Cabaran kini berbeza dengan zaman dulu dan ibu bapa perlu lebih bijak  menggunakan pendekatan berhemah untuk mendidik anak-anak.

“Hal ini kerana proses perubahan fizikal, mental, emosi membuatkan remaja agak lebih mudah dipengaruhi anasir luar dan ibu bapa berperanan mengawal selia mereka agar membesar  mengikut lunas Islam,” katanya kepada Sinar Harian selepas program khatan perdana peringkat Dun Perupuk semalam.

Program ini kali ketiga diadakan secara besar-besaran sejak mantan Adun Perupuk, Datuk Omar Mohamad.

Manakala, pengarah program, Zamri Zahari berkata, sambutan luar biasa diterima untuk program khatan perdana tersebut yang bermula pada jam 9 pagi.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila pada awalnya 80 peserta saja yang didaftarkan tetapi pagi tadi (semalam) masih ada pendaftaran baru. Ia melibatkan kira-kira 100 kanak-kanak dari 18 mukim dalam Dun Perupuk.

“Kesinambungan program ini diteruskan wakil rakyat kami, Haji Huzaimy untuk tahun ini dan Insya-ALLAH pada tahun akan datang,” katanya.