350 budak ditahan – Sinar Harian


350 budak ditahan

Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM

Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Jalan Doraisamy, di sini, dipercayai menjadi markas ratusan remaja berhibur dari lewat malam hingga awal pagi.

Aktiviti tidak bermoral pusat hiburan itu bagaimanapun terbongkar hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Berikutan itu, operasi diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama empat pegawai dan 18 anggota menyerbu pusat hiburan itu jam 3 pagi semalam.

 

“Seramai 350 pengunjung diperiksa. Hasilnya, daripada jumlah itu seramai 190 remaja bawah umur berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan.
“Kita turut menahan seorang remaja lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki polis atas kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun,” katanya.
Beliau berkata, turut ditahan enam wanita Indonesia yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

 

Mohamad berkata, pusat hiburan berkenaan akan dikenakan tindakan kerana disyaki melanggar peraturan lesen pusat hiburan dan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis itu selain beroperasi lebih masa.
Difahamkan, pusat hiburan itu menjalankan operasi seawal jam 6 petang hingga melebihi jam 3 pagi dan sering dikunjungi remaja bawah umur, terutama pada malam minggu.

 

Katanya, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s