Bina sekolah Ulul Albab – Metro


Bina sekolah Ulul Albab

Kuala Lumpur: Dasar menjadikan pendidikan Islam sebagai konsep pendidikan sepanjang hayat akan diteruskan menerusi pembukaan Kolej Komuniti Islam selain kolej komuniti sedia ada yang disepadukan.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan juga komited untuk mewujudkan sekolah Ulul Albab dengan permulaan di empat sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan Terengganu sebelum modulnya dilaksanakan di setiap negeri mulai bulan depan.
“Bagi isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula, kerajaan sedang meneliti cadangan dikemukakan secara terperinci, termasuk proses pembayaran balik dan ia akan diumumkan tidak lama lagi. “Dalam soal Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), ia bukan bertujuan membebankan guru dan kementerian memberi jaminan akan melaksanakannya dengan baik. “Semua langkah wajar sudah mula diambil dan kita sedang membaiki sistem akses bagi membolehkan guru mendapatkan bahan, insya-Allah selesai pada April depan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, semalam.

 

Menurutnya, kerajaan tidak akan berdolak-dalih, sebaliknya terus bertegas melaksanakan segala perakuan, perancangan yang dirangka di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
“Saya sarankan Biro Pendidikan UMNO yang sudah lama ditubuh di semua bahagian mengambil langkah ke depan, bukan hanya dengan mengambil tahu mengenai pelan ini tetapi membabitkan diri secara langsung di peringkat akar umbi kerana manfaat pelan ini yang tiada satu pun terkecuali daripada menerimanya,” katanya.
Selain itu, beliau memberi gred A+ kepada semua perwakilan yang membahaskan usul pada perhimpunan kali ini yang disifatkannya memperlihatkan kematangan dan bersedia menyahut proses transformasi politik yang berlangsung ketika ini.

 

Katanya, transformasi ketara adalah sistem pemilihan parti yang perlu diambil serius semua pihak, terutama pimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri untuk penambahbaikan.
“Peringkat perhubungan negeri perlu meneliti perkara yang berkaitan proses pemilihan kita… apakah perakuan yang nak dibuat dalam kita nak menambah baik, dari segi pentadbirannya, proses pemilihan itu sendiri, sistem yang diguna pakai, syarat disebutkan untuk melayakkan seseorang itu layak bertanding dan sebagainya.

 

“Sebaik saja pihak negeri selesai mengadakan mesyuarat dan berbincang serta mengumumkan perakuan ini kepada pihak Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pemilihan (JPSP), masa yang sesuai akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan satu persidangan agung khas.
“Persidangan ini akan dijadikan medan membincangkan proses pemilihan, prosedur dan aturan peraturannya, termasuk juga berkaitan pindaan Perlembagaan parti yang akan dijelas secara lanjut oleh Presiden nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau percaya prestasi dan pencapaian UMNO akan terus gemilang pada masa depan menerusi pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai alat memantau dan sistem perkaderan yang menggalakkan pemimpin muda mengerti perjuangan dan idealisme parti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s