Wanita paksa anak minum racun direman – Metro


Wanita paksa anak minum racun direman

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang tergamak memaksa tiga anaknya meneguk minuman dicampur racun serangga sehingga menyebabkan anak bongsunya meninggal dunia, ditahan reman selama tujuh hari.

Dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 4, Bukit Mahkota, di sini, Isnin lalu, selain wanita berusia 31 tahun meminum racun berkenaan, dia turut memaksa tiga anaknya berusia antara 10 hingga 15 tahun meneguk minuman itu sebagai balasan kepada suami yang didakwa tidak berlaku adil kerana sering pulang ke rumah isteri pertamanya.
Anak perempuan sulung bagaimanapun enggan minum racun itu, manakala dua anaknya yang lain menuruti arahan suspek menyebabkan dua anaknya menerima rawatan di Hospital Serdang sebelum anak perempuan bongsu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari mendapatkan rawatan di hospital sama.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita terbabit direman hingga 12 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Kajang dan dilaporkan stabil, begitu juga anak lelakinya. Polis akan merakam keterangan suspek sebaik rawatan selesai.
“Malah, kita juga masih mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan. Kita difahamkan suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

 

Semalam, Harian Metro melaporkan, akibat tidak berpuas hati kerana suaminya tidak pulang ke rumah seminggu, seorang suri rumah nekad meneguk minuman ringan dicampur dengan racun serangga dalam kejadian di rumahnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s