Didapati bersalah rogol kekasih berusia 14 tahun – Sinar Harian


Didapati bersalah rogol kekasih berusia 14 tahun
ADILA SHARINNI WAHID
9 Disember 2013
  • Didapati bersalah rogol kekasih berusia 14 tahunTertuduh (tengah, depan) dikawal ketat polis keluar dari pekarangan mahkamah untuk dihantar ke penjara, semalam.
< 1 / 1 >

KOTA BHARU – Angkara melampiaskan nafsu buasnya terhadap kekasih yang baru berusia 14 tahun, seorang jurukimpal dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh yang berusia 31 tahun itu menukar pengakuannya.

Shah Shahry Harun dari Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, sepatutnya dibicarakan selepas menafikan tuduhan itu, namun menukar pengakuannya kepada bersalah, semalam.

Dia didakwa merogol remaja terbabit di sebuah rumah tanpa nombor di kampung sama pada jam 8 malam, 11 April lalu.

Ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun lima bulan. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan, merayu mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan dikenakan kerana mengaku salah, selain perlu menganggung ibu bapa yang tua.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf memohon hukuman setimpal dikenakan bersesuaian dengan jenayah serius dilakukan.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh sendiri, lebih-lebih lagi mangsa dalam kes ini baru sahaja berusia 14 tahun dan masih di bawah umur,” katanya.

Teruja berkhatan – Metro


Teruja berkhatan

Shah Alam: Seramai 44 kanak-kanak diraikan dalam majlis penuh kemeriahan termasuk iringan bunga manggar dan paluan kompang sebelum disiram pancutan air dalam program berkhatan di Wisma Rozali, di sini, semalam.

Ada yang menangis ketakutan hingga memujuk ibu bapa pulang, namun ada juga tidak gentar menunggu giliran.

Bagi Muhd Asyraf Danish, 7, dia berasa teringin menyertai majlis berkhatan beramai-ramai selepas menonton video ditunjuk datuknya mengenai acara sama yang pernah disertai sepupunya. Dia yang tiba seawal jam 8 pagi kelihatan bersemangat selain teruja sebaik diarak dengan alunan selawat dan kompang serta dimandikan dengan semburan air.

 

 

Program itu anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (PEKA) dengan kerjasama Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) diadakan percuma kepada anak-anak ahli PEKA yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Abang maut, adik cedera kemalangan – Metro


Abang maut, adik cedera kemalangan

Melaka: Kegembiraan dua beradik lelaki bertemu rakan dan bersiar-siar di bandar raya ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Peringgit di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu mangsa, Mohammad Syazwan Omar, 18, bersama adiknya Mohammad Shazmie, 16, berasal dari Taman Seri Indah, Jasin, dalam perjalanan dari Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ke Semabok, di sini.
Dipercayai sebaik tiba di lokasi, Modenas Kriss yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika melalui satu selekoh sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

 

Rempuhan mengakibatkan Mohammad Syazwan parah di kepala, manakala Mohammad Shazmie hanya cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Bagaimanapun, Mohammad Syazwan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Menurut Mohammad Shazmie, ketika kejadian dia dan abangnya bersama beberapa rakan lain dalam perjalanan ke Semabok, namun sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggang arwah hilang kawalan.

 

“Ketika melalui selekoh berkenaan motosikal dinaiki hilang kawalan kerana mengalami masalah brek sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Akibat rempuhan saya mengalami cedera ringan, bagaimanapun apabila bangun saya lihat abang parah dan lemah tetapi masih menunjukkan tindak balas,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Wanita paksa anak minum racun direman – Metro


Wanita paksa anak minum racun direman

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang tergamak memaksa tiga anaknya meneguk minuman dicampur racun serangga sehingga menyebabkan anak bongsunya meninggal dunia, ditahan reman selama tujuh hari.

Dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 4, Bukit Mahkota, di sini, Isnin lalu, selain wanita berusia 31 tahun meminum racun berkenaan, dia turut memaksa tiga anaknya berusia antara 10 hingga 15 tahun meneguk minuman itu sebagai balasan kepada suami yang didakwa tidak berlaku adil kerana sering pulang ke rumah isteri pertamanya.
Anak perempuan sulung bagaimanapun enggan minum racun itu, manakala dua anaknya yang lain menuruti arahan suspek menyebabkan dua anaknya menerima rawatan di Hospital Serdang sebelum anak perempuan bongsu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari mendapatkan rawatan di hospital sama.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita terbabit direman hingga 12 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Kajang dan dilaporkan stabil, begitu juga anak lelakinya. Polis akan merakam keterangan suspek sebaik rawatan selesai.
“Malah, kita juga masih mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan. Kita difahamkan suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

 

Semalam, Harian Metro melaporkan, akibat tidak berpuas hati kerana suaminya tidak pulang ke rumah seminggu, seorang suri rumah nekad meneguk minuman ringan dicampur dengan racun serangga dalam kejadian di rumahnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Tunas mukmin – Metro


Tunas mukmin

Oleh Nur Lela Zulkipli

Hulu Langat: “Saya sering tertinggal solat lima waktu kerana sibuk dengan tugas seharian dan aktiviti sekolah, namun selepas menghadiri kem motivasi ini, ia menyedarkan saya mengenai pentingnya menjaga solat dan kelebihannya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub, Pahang, Safwan Che Jaafar, 14, yang menyertai Program Smart Quran Motivation Holiday di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, di sini.

Program sembilan hari bermula 30 November lalu itu turut memberi peluang kepada 50 peserta membabitkan pelbagai latar belakang di seluruh negara untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam selepas sibuk mengejar ilmu dunia.

“Pada mulanya saya tidak mahu sertai kem motivasi ini kerana mengenangkan rakan lain yang sedang bergembira ketika cuti sekolah, namun ibu dan ayah mendesak saya mengikutinya.

“Alhamdulillah ibu dan ayah memaksa saya ke sini kerana ilmu yang dicurahkan fasilitator berjaya mengubah pemikiran saya yang hanya mahu bergembira,” katanya selepas majlis penutupan program berkenaan, di sini, semalam.

Bagi Nasreen Aina Mohd Nasir, 13, dia bersyukur berpeluang mempelajari pelbagai kaedah mengambil wuduk dan mandi hadas menggunakan air sungai di kawasan itu.

“Saya tidak pernah tinggal di kampung dan menggunakan air sungai untuk mengambil wuduk dan mandi di sungai, namun kali ini berpeluang melalui semua pengalaman itu bersama rakan baru.

“Kalau boleh saya mahu berada sebulan, di sini, malah berasa seperti tidak cukup untuk menuntut ilmu bersama fasilitator yang melayan kami seperti keluarga sendiri,” katanya yang berasal dari Klang.

Menurut Nasreen Aina lagi, dia tidak sabar untuk mengikuti siri kem motivasi anjuran Al-Islah Training Centre (AIMC) itu walaupun terpaksa pergi ke negeri lain.

Pelatih AIMC, Fakhrul Hikmi Abdul Hamid, 26, berkata, program motivasi berkonsepkan percutian sering mendapat perhatian ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menghabiskan cuti sekolah dengan perkara yang tidak berfaedah.

“Pada kem motivasi kali ini, peserta berjaya khatam al-Quran daripada program tadarus yang dijalankan bermula hari pertama selain dapat menikmati cuti persekolahan sambil menuntut ilmu.

“Melalui cara ini, minda pelajar akan sentiasa segar untuk menerima pelajaran baru ketika memulakan penggal baru persekolahan.

“AIMC memberi penekanan dalam bidang ilmu al-Quran dan disiplin yang diajar pakar al-Quran lepasan universiti luar supaya kehidupan peserta selepas ini lebih teratur dan mengambil berat ilmu agama Islam,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa harus meneliti isi kandungan kem motivasi supaya dapat mengubah anak mereka menjadi insan yang lebih baik dan bukannya balik dengan fikiran kosong.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

7 budak curi selipar, tuala di taska – Metro


7 budak curi selipar, tuala di taska

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan selipar dan tuala di sebuah taska sejak dua bulan lalu di Bandar Seri Permaisuri, Cheras terbongkar selepas pengurus taska itu terserempak dengan sekumpulan tujuh kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun yang baru berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri.

Difahamkan, kumpulan kanak-kanak itu turut mencalarkan kereta milik pengurus taska berkenaan selepas mangsa memarahi mereka.

Sumber polis berkata, kanak-kanak itu dipercayai sering melepak berdekatan kawasan taska selepas waktu persekolahan dan sebaik taska ditutup, mereka gemar merosakkan bangunan taska seperti mengopak pintu kayu.

Katanya, tindakan mereka tidak berhenti dengan kegiatan vandalisme saja, malah turut mencuri selipar dan tuala yang disidai pada waktu tengah hari.

Menurutnya, pengurus taska berkenaan yang menyedari kejadian itu sering mengadu kepada pengawal keselamatan, namun pengawal yang meronda di kawasan itu tidak pernah curiga terhadap kumpulan kanak-kanak terbabit sering berada di kawasan itu.

“Bagaimanapun, kelmarin pengurus taska terbabit yang kebetulan balik lewat terserempak dengan kanak-kanak itu yang mencuri selipar dan apabila dia menegur, kanak-kanak itu bertindak agresif dengan mencalarkan keretanya.

“Susulan kejadian itu, pengurus taska itu membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Bukan sekadar cinta monyet – Metro


Bukan sekadar cinta monyet

Oleh Hamid Karim

Port Dickson: “Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya.

“Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia,” kata pengantin ‘junior’ Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200.

Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini.

Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga.

FotoMUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam.

“Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09