7 budak curi selipar, tuala di taska – Metro


7 budak curi selipar, tuala di taska

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan selipar dan tuala di sebuah taska sejak dua bulan lalu di Bandar Seri Permaisuri, Cheras terbongkar selepas pengurus taska itu terserempak dengan sekumpulan tujuh kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun yang baru berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri.

Difahamkan, kumpulan kanak-kanak itu turut mencalarkan kereta milik pengurus taska berkenaan selepas mangsa memarahi mereka.

Sumber polis berkata, kanak-kanak itu dipercayai sering melepak berdekatan kawasan taska selepas waktu persekolahan dan sebaik taska ditutup, mereka gemar merosakkan bangunan taska seperti mengopak pintu kayu.

Katanya, tindakan mereka tidak berhenti dengan kegiatan vandalisme saja, malah turut mencuri selipar dan tuala yang disidai pada waktu tengah hari.

Menurutnya, pengurus taska berkenaan yang menyedari kejadian itu sering mengadu kepada pengawal keselamatan, namun pengawal yang meronda di kawasan itu tidak pernah curiga terhadap kumpulan kanak-kanak terbabit sering berada di kawasan itu.

“Bagaimanapun, kelmarin pengurus taska terbabit yang kebetulan balik lewat terserempak dengan kanak-kanak itu yang mencuri selipar dan apabila dia menegur, kanak-kanak itu bertindak agresif dengan mencalarkan keretanya.

“Susulan kejadian itu, pengurus taska itu membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s