Abang maut, adik cedera kemalangan – Metro


Abang maut, adik cedera kemalangan

Melaka: Kegembiraan dua beradik lelaki bertemu rakan dan bersiar-siar di bandar raya ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Peringgit di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu mangsa, Mohammad Syazwan Omar, 18, bersama adiknya Mohammad Shazmie, 16, berasal dari Taman Seri Indah, Jasin, dalam perjalanan dari Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ke Semabok, di sini.
Dipercayai sebaik tiba di lokasi, Modenas Kriss yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika melalui satu selekoh sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

 

Rempuhan mengakibatkan Mohammad Syazwan parah di kepala, manakala Mohammad Shazmie hanya cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Bagaimanapun, Mohammad Syazwan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Menurut Mohammad Shazmie, ketika kejadian dia dan abangnya bersama beberapa rakan lain dalam perjalanan ke Semabok, namun sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggang arwah hilang kawalan.

 

“Ketika melalui selekoh berkenaan motosikal dinaiki hilang kawalan kerana mengalami masalah brek sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Akibat rempuhan saya mengalami cedera ringan, bagaimanapun apabila bangun saya lihat abang parah dan lemah tetapi masih menunjukkan tindak balas,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s