Balasan rogol rakan adik – Sinar Harian


Balasan rogol rakan adik
ROSALWANI CHE SOH – 019 939 1032
10 Disember 2013
  • Balasan rogol rakan adikTertuduh keluar dari mahkamah sambil tunduk dan menangis selepas mendengar hukuman terhadapnya.
< 1 / 1 >

KOTA BHARU – Angkara gagal kawal nafsu dan bertindak merogol sahabat adik sendiri, seorang buruh dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Khairul Anuar Sulaiman, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan di hutan dusun Kampung Kubang Laka, Melor, pada jam 4.30 petang, 7 Oktober 2010.

Pada jam 2 petang sebelum itu, mangsa ke rumah seorang kawan untuk menyiapkan kerja sekolah dan ketika itu, abang rakannya itu, iaitu tertuduh ada di rumah.

Apabila mahu pulang pada jam 4.30 petang, tertuduh tiada tetapi mangsa terserempak pula dengan lelaki terbabit di kawasan hutan bersemak.

Lelaki itu tiba-tiba menahan dan menariknya masuk ke hutan serta mengugut dengan berkata ‘nak hidup atau mati’ sebelum mangsa menjawab ‘nak mati’, menyebabkan lehernya dicekik tertuduh.

Mangsa diheret jauh ke dalam hutan sebelum tiba di sebuah dusun dan dirogol. Dia sempat mengadu belakangnya gatal sebelum diheret pula ke sebuah pokok dan dirogol lagi.

Pada prosiding itu, peguam bela, Ahmad Subairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan kerana tertuduh telah menukar pengakuannya walaupun kes dalam perbicaraan.

“Tertuduh datang daripada keluarga miskin dan memikul tanggungjawab ketua keluarga untuk  menyara ibu serta dua adiknya yang masih bersekolah selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2008.

“Umurnya yang muda juga memberi peluang kepadanya membaiki kesilapan lalu dan meneruskan hidup yang lebih baik pada masa depan,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari dan menyifatkan hujahan itu hanya mengutamakan diri tertuduh dan tidak langsung mengambil kira kepentingan awam terutamanya mangsa.

“Sebagai abang kepada kawan adiknya, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa tetapi malangnya dia dirogol. Kejadian ini membabitkan maruah gadis sunti, lebih-lebih lagi usianya masih muda.

“Tertuduh mungkin boleh memperbaiki masa depannya, namun bagaimana pula mangsa dengan perjalanan hidup yang masih panjang dan perlu diharungi dalam keadaan begitu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s