Nyawa dalam bahaya – Metro


Nyawa dalam bahaya

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Ibu bapa mana tidak sedih apabila dua anak meninggal dunia akibat penyakit polio yang menyerang secara tiba-tiba dan kini anak bongsu pula menderita penyakit sama.

Namun, itulah hakikat terpaksa diterima pasangan Mohamad Isa Said, 59, dan Noraini Imam, 55, sambil berharap ada pakar dapat merungkai penyakit berkenaan serta mengenal pasti punca dan jenis polio dialami anak mereka.

Menurut Mohamad Isa, sebelum ini anak keduanya Mohamad Suhaidi ketika itu berusia 23 tahun meninggal dunia pada 1999 diikuti anak kelima, Mohamad Hairi pada 2011 ketika berusia 22 tahun.

Katanya, dia sekeluarga tersentak apabila anak bongsu daripada tujuh beradik, Mohamad Hakimi, 10, pula menderita penyakit itu.

“Mohamad Hakimi mula dikesan mendapat polio seawal usia dua tahun apabila mudah terjatuh sewaktu berjalan dan pergerakannya lambat berbanding kanak-kanak sebayanya.

“Pada usia enam tahun penyakit itu menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Keadaan sama dilalui kedua-dua arwah anak sebelum ini dan apabila ini terjadi pada Mohamad Hakimi, saya hanya mampu berserah kepada Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Palong Tiga, dekat sini.

Mohamad Isa berkata, ketika ini untuk bergerak Mohamad Hakimi hanya boleh merangkak saja dan dia faham apabila sampai kepada tahap berikutnya anaknya itu tidak boleh bergerak sebaliknya hanya mampu berbaring saja.

“Pemeriksaan doktor sebelum ini mengesahkan Mohamad Hakimi menghidap penyakit polio, tetapi doktor tidak dapat memastikan jenis polio berkenaan sebab ada banyak jenis polio.

“Saya kini tidak lagi membawanya ke hospital untuk sebarang rawatan susulan kerana tiada ubat yang diberikan doktor,” katanya.

Menurutnya, berat badan Mohamad Hakimi sekarang hanyalah 17 kilogram dan penyakit itu menyebabkan berat badan anaknya menyusut.

“Kami hairan, apabila dalam sejarah keluarga saya atau sebelah isteri tidak pernah menghidap penyakit ini.

“Saya kasihan melihat Mohamad Hakimi yang masih cekal bersekolah dalam keadaan dirinya yang lemah dan menggunakan kerusi roda.

Di sekolah dia dibantu guru dan rakan yang menolak kerusi,” katanya.

Sementara itu, Noraini berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku, dia tetap reda dengan ujian Allah danmemberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya itu.

“Saya harap Mohamad Hakimi pulih seperti sedia kala biarpun harapan nampak tipis.
Jika boleh kami harap ada pakar perubatan yang membantu memastikan jenis penyakit polio dialami anak saya dan cara merawatnya,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s