Semai budi tanda prihatin – Metro


Semai budi tanda prihatin

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Simpang Renggam: Seramai 15 pelajar dan murid yang juga mangsa banjir di Kampung Kolam Air di sini, gembira apabila menerima sumbangan pakaian dan kelengkapan sekolah sempena Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di sini, semalam.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Pasaraya Econsave Simpang Renggam itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan memilih sendiri keperluan sekolah dan turut dimeriahkan dengan kehadiran empat finalis Projek Metro yang turut menghiburkan mereka.

Program TKHM itu turut mendapat kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd yang memberikan sumbangan wang tunai.

Seorang penerima Puteri Siti Hajar Muslim, 8, berkata, dia gembira dan bersyukur kerana semua kelengkapan sekolahnya kini lengkap dan tidak sabar untuk ke sekolah awal Januari nanti.

“Baju, kasut, buku tulis, bekas pensel dan alat tulis sudah dibeli.

Terima kasih kepada Harian Metro kerana prihatin dengan masalah mangsa banjir terutama murid sekolah seperti saya.

“Bantuan ini meringankan beban keluarga kerana ibu bapa perlu membeli pelbagai barangan lain seperti barangan dapur dan kelengkapan lain yang rosak akibat banjir,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 15 keluarga di Kampung Kolam Air turut menerima barangan keperluan harian seperti makanan, tikar getah dan telekung bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan Pengarang Eksekutif (Berita) Harian Metro Othman Mamat kepada Ketua Kampung Kolam Air Mukhaiyin Ramlan.

Sementara itu, Othman berkata, bantuan itu antara tanggungjawab sosial korporat Harian Metro dalam membantu golongan memerlukan.

“Bantuan kali ini diberikan kepada mangsa banjir di Kampung Kolam Air Simpang Renggam selepas kehidupan mereka terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Bantuan diberikan kepada 15 keluarga dan diharapkan ia dapat meringankan beban mereka selepas rumah terjejas dan pelbagai barangan keperluan rosak akibat banjir,” katanya.

Menurutnya, Program TKHM di Johor itu program terakhir pada tahun ini.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s