URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL, B. Ed. PENGAJIAN BAHASA PERANCIS, B. Ed. PENGAJIAN BAHASA JERMAN, PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (BAHASA CINA- BEIJING) DAN KPLI-PPC – SPP


URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL, B. Ed. PENGAJIAN BAHASA PERANCIS, B. Ed. PENGAJIAN BAHASA JERMAN, PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (BAHASA CINA- BEIJING) DAN KPLI-PPC 

Temu duga ke jawatan PPPS Gred DG41 bagi graduan yang tamat pengajian pada tahun 2013 dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2 Disember 2013 hingga 20 Disember 2013 di seluruh Malaysia. Calon boleh menyemak jadual temu duga seperti berikut:

 

– 02 Disember 2013 – 06 Disember 2013     [02/12/2013] [03/12/2013] [04/12/2013] [05/12/2013] [06/12/2013]

– 09 Disember 2013 – 13 Disember 2013     [09/12/2013] [10/12/2013] [11/12/2013] [12/12/2013] [13/12/2013]

– 18 Disember 2013 – 19 Disember 2013     [18/12/2013] [19/12/2013]
– 23 Disember 2013 – 24 Disember 2013     [23/12/2013] [24/12/2013] 

Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak untuk graduan IPGM.

 

 Muat naik pada 28 November 2013 dan Kemaskini pada 17 Disember 2013

PEMAKLUMAN : URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL DAN GRADUAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (DPLI-GSTT) – SPP


PEMAKLUMAN : URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL DAN GRADUAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (DPLI-GSTT) 

Temu duga bagi jawatan di atas yang melibatkan calon beralamat di negeri Pahang atau negeri Terengganu akan diadakan di Putrajaya pada 19-24 Disember 2013. Senarai nama calon yang terlibat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Calon perlu membuat semakan nama dan tarikh temu duga dari semasa ke semasa.

 

 Muat naik pada 17 Disember 2013

Pesanan arwah ayah dorong catat 8A – Bernama


Pesanan arwah ayah dorong catat 8A
19 Disember 2013
  • Pesanan arwah ayah dorong catat 8ADatuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (dua, kiri) melihat keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB) yang cemerlang mendapat 9A selepas Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2013 Peringkat Negeri Kedah di sekolah itu di Alor Setar hari ini. – Foto Bernama
< 1 / 1 >

ALOR SETAR – Pesanan terakhir arwah bapanya empat tahun lalu, mendorong Hani Faqihah Mohd Nor untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumum hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB) itu yang memperoleh 8A, berkata arwah bapanya Mohd Nor Mat Daud yang meninggal dunia akibat sakit jantung, berpesan agar dia menjadi insan berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

“Saya juga berazam untuk membalas jasa ibu Norhafiza Long, 43, yang bersusah payah menjaga saya selepas kematian bapa empat tahun lalu,” kata anak tunggal itu kepada pemberita selepas Pengumuman Keputusan PMR 2013 di SMKSB hari ini.

Dia yang bercita-cita menjadi guru berkata, ibunya yang bekerja sebagai kerani di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar memastikannya tidak terpinggir dalam segala aspek terutamanya pendidikan.

Bagi anak pesawah, A’liah Bakar pula keputusan 9A yang diperolehnya adalah hasil ulang kaji pelajaran secara berkumpulan.

Selain itu restu ibu dan ayah juga amat penting dalam kejayaan saya hari ini, katanya.

Pada majlis tersebut Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hadir menyampaikan keputusan kepada 73 pelajar cemerlang sekolah itu.

Sementara itu di KULIM, kesempitan hidup sebagai ibu tunggal digunakan Badariah Abdul Aziz, 42, sebagai motivasi kepada anak tunggalnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Anaknya Nurul Fazira Ilyannie Ramli mencatat keputusan 8A dan muncul antara pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah.

“Kerana hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia menyebabkan saya sering berpindah-randah mencari rezeki untuk menyara hidup dan anak tunggal saya ini setelah berpisah dengan suami 10 tahun lepas,” katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan peperiksaan PMR anaknya.

Menurut operator pengeluaran itu, dia tidak mahu jerih payah yang dilaluinya diwarisi anaknya kelak.

Sementara itu, Nurul Fariza Illyanie berkata sikap ibunya yang sering menziarahinya di asrama dan tidak jemu memberi galakan banyak membantu kejayaannya.

Sekolah itu muncul sekolah harian terbaik di Kedah, manakala dari segi keseluruhan pula di tempat ketiga.

Pengetua sekolah Oomi Kalsom Ibrahim berkata, sebanyak 201 daripada 294 calon memperoleh keputusan ‘A’ bagi semua mata pelajaran.

Sekolah ini antara 13 sekolah di Kedah yang mencatat keputusan 100 peratus, katanya.  – Bernama

PMR: Leteran ibu buah hasil 8A – Bernama


PMR: Leteran ibu buah hasil 8A
19 Disember 2013
  • PMR: Leteran ibu buah hasil 8ASharmine Sahabudin serta ibunya, Jasmine Ting, 49, menunjukkan keputusannya selepas beliau diumumkan sebagai salah seorang daripada 10 pelajar terbaik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina ST. Katolik, Petaling Jaya, hari ini. – Foto Bernama
< 1 / 1 >

PETALING JAYA – Minat mendalam terhadap muzik dari Korea, K-pop menyebabkan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Lim Zhe Yi, sering dileteri ibunya kerana banyak menghabiskan masa menonton klip video di laman sosial YouTube.

Leteran itu membuahkan hasil apabila Lim tersenarai antara 155 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Katolik di sini yang memperoleh semua A dalam keputusan PMR yang diumum hari ini.

Keputusan itu nyata mengejutkan ibunya, Nge Mee Lin yang mengaku sudah bersedia jika anak gadisnya pulang dengan keputusan yang tidak memberangsangkan.

“Saya tak sangka kerana kerja dia seharian adalah menonton K-pop. Saya berleter setiap hari dan semakin kuat berleter apabila dia hanya mendapat 1A dalam peperiksaan percubaan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Situasi sama juga dialami Qua Zhao Yee, 15, yang memberitahu Bernama bahawa ibu bapanya sering mengingatkannya untuk mengurangkan masa melayari laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

“Walaupun sering dimarahi, saya tetap melayari Facebook secara curi-curi, cuma tidak sekerap dahulu dan semakin hampir peperiksaan saya jadikan Facebook sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran.

“Jika saya tidak memahami atau gagal menyelesaikan soalan Matematik, saya akan ‘post’ di Facebook dan rakan yang lain akan membalas serta memberi tunjuk ajar,” katanya yang turut memperoleh 8A.

Seorang lagi calon cemerlang, Lau Chuan Hong, 15, berkata tindakan meninggalkan sukan kegemarannya iaitu badminton dua bulan sebelum PMR bermula demi memberi tumpuan kepada pelajaran, berbaloi dengan keputusan 8A yang diperoleh.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata setiap hari dia menghabiskan sebuah buku latihan dalam pelbagai mata pelajaran, dan menghadiahkan kejayaannya kepada ibu bapanya.

“Ibu Wong Swee Hwa, 49, sering masak sup ayam untuk saya supaya lebih bertenaga semasa mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Bagi pelajar Sharmine Sahabudin, 15, keputusan cemerlang dalam PMR adalah hasil disiplin yang kuat menerusi jadual yang disediakan ibunya Jasmine Ting, 49, yang merupakan guru kelas tambahan.

Jasmine berkata pada hujung minggu, Sharmine diberi masa rehat sebanyak tiga kali daripada mengulang kaji pelajaran iaitu pada waktu makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Sejak kecil, Sharmine memang diajar untuk belajar secara sistematik, begitu juga dengan adiknya Jordan, 12, yang mendapat 6A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

Sharmine memberitahu dia tidak merasa tersisih dikelilingi rakan berbangsa Cina kerana bahasa Mandarin merupakan bahasa sehariannya dengan ibu, manakala bahasa Inggeris menjadi medium komunikasi dengan ayah Sahabudin Bachik, 53.

Ng Chin Tze, pula berharap keputusan 8A itu akan membolehkannya menyambung persekolahan di Maktab Tentera Diraja.

“Sejak dahulu saya memang nak mohon masuk tentera, kerana tertarik dengan disiplin yang diamalkan dan disiplin yang kuat membolehkan kita mencapai apa sahaja yang diinginkan,” katanya.   – Bernama

PMR: Calon capai gred A di Labuan bertambah – Bernama


PMR: Calon capai gred A di Labuan bertambah
19 Disember 2013

LABUAN – Keputusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Labuan menunjukkan penurunan 2.72 peratus, meskipun calon memperoleh Gred A bertambah iaitu 70 pelajar berbanding 54, tahun lepas.

Pengarah Pejabat Pendidikan Labuan Mistirine Radin berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi melihat kaedah penambahbaikan prestasi pada tahun depan.
.
“Penurunan prestasi tidak harus dilihat secara negatif kerana bilangan calon tahun ini yang memperolehi Gred A meningkat secara signifikan,” katanya semasa mengumumkan keputusan PMR itu di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan Alice Lee Chai Pee yang mendapat keputusan 8A tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan seorang daripada pelajar cemerlang PMR Labuan tahun ini.

Lee, 15, anak seorang buruh berkata kesusahan hidup keluarganya menjadi pendorong kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian menjadi akauntan sekali gus mampu merubah nasib keluarganya.

“Ayah saya seorang buruh kasar manakala emak hanya suri rumah, walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi tetapi semangat dan dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh menjadi resipi pendorong kejayaan saya,” kata Lee.

Mohd Fadhilah Asli dan Ahmad Zaim Azman, pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang 8A turut diumumkan antara pelajar cemerlang PMR seluruh Labuan.

Fadhilah anak kepada seorang pengawal berkata kesusahan keluarga bukan menjadi penghalang baginya untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Kejayaan hari ini adalah usaha saya yang banyak menjawab soalan peperiksaan terdahulu untuk memantapkan lagi kefahaman dan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran,” kata Fadhilah yang bercita-cita menjadi jurutera kimia.

Ahmad Zaim pula berkata, keputusan cemerlang yang diperolehnya adalah hadiah untuk kedua ibu bapanya yang bertugas sebagai guru.

“Mereka tidak pernah jemu mengajar saya selama ni,” katanya yang gemar belajar dalam kumpulan kerana membantunya lebih fokus pada mata pelajaran yang dia lemah.
– Bernama

SMK Datuk Ahmad Maher catat sekolah terbaik keputusan PMR di Kelantan – Berita Harian


SMK Datuk Ahmad Maher catat sekolah terbaik keputusan PMR di Kelantan

2013/12/19 – 15:28:54 PMCetakEmel Kawan
KOTA BHARU: Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Maher di sini muncul sekolah terbaik seluruh Kelantan selepas 102 pelajarnya memperoleh semua A, dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussien Awang, berkata beliau gembira kerana seramai 1,839 daripada 34,000 calon PMR di Kelantan memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Kementerian Luar sahkan kematian kanak-kanak Malaysia di Sydney – Bernama


Kementerian Luar sahkan kematian kanak-kanak Malaysia di Sydney

2013/12/19 – 17:56:54 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan kematian seorang kanak-kanak Malaysia di perkarangan luar Sekolah Carlingford di wilayah barat laut Sydney semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Akshar Balakrishnan, 6, dan berasal dari Ipoh, Perak.

Kanak-kanak itu dan ibunya Fung Ying Ong menziarahi saudara mereka di Sydney, Australia ketika kejadian berlaku, menurut kenyataan kementerian itu di sini.

Berdasarkan maklumat polis tempatan, mangsa dan ibunya dikatakan sedang berjalan untuk menghantar dua sepupunya ke sekolah apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh laluan pejalan kaki.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu dan sepupunya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Westmead, Sydney. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan itu, polis New South Wales (NSW) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia telah menghubungi keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan sewajarnya. – BERNAMA

SESMA sekolah terbaik Terengganu – Bernama


SESMA sekolah terbaik Terengganu

2013/12/19 – 18:23:22 PMCetakEmel Kawan
KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Terengganu selepas 73 daripada 100 calonnya memperoleh semua A.

Sekolah Menengah Imtiaz, Hulu Terengganu pula di tempat kedua, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit di tangga ketiga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam.

Sementara itu, Pengetua SESMA, Meriam Jusoh berkata pencapaian sekolah itu sebenarnya mencatat sedikit penurunan dari segi Gred Purata Sekolah, namun dari segi subjek yang diambil tujuh mata pelajaran mencatat keputusan lulus 100 peratus.

“…ini keputusan yang terbaik (pernah dicatat),” katanya kepada pemberita selepas Pengumuman Keputusan PMR 2013, di sini.

Calon terbaik SESMA, Syiraz Mohd Ali Jaafar yang memperoleh 8A berkata kejayaannya adalah hasil penat lelah guru yang tidak jemu membimbingnya dan rakan-rakan.

“(Selain itu) di sekolah ini diperkenalkan program guru muda, iaitu pelajar-pelajar yang cemerlang sentiasa membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan kita belajar bersama-sama,” katanya.

Seorang lagi calon yang memperoleh 8A, Abdul Jabbar Hud Mohd Saimi dari Kampung Bukit Agu, Batu Rakit, berkata kemiskinan mendorongnya berusaha memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
“Bapa saya bekerja sebagai penoreh getah terpaksa menangggung saya dan lima lagi adik kerana ibu tidak bekerja, dan kejayaan ini adalah hadiah untuk ayah dan ibu saya. Insya-Allah saya akan mengubah nasib keluarga,” katanya yang berazam membuat yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun lagi.

– BERNAMA

PBS, SPPBS: Jangan nafi pandangan guru – Sinar Harian


PBS, SPPBS: Jangan nafi pandangan guru
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
19 Disember 2013
  • Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan Tantawi
< 1 / 1 >

SHAH ALAM  – Kerajaan dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berpendapat, referendum perlu diwujudkan sebagai satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dalam usaha menambah baik pelaksanaan itu.

“Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku ‘flip flop’ dan merugikan banyak perkara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) melahirkan rasa kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) berhubung kepincangan PBS dan SPPBS tidak dilayan sehingga kini.

Sehubungan itu, Pas mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami tenaga pendidik terhadap PBS dan SPPBS.

Menurutnya, sistem pendidikan sedia ada itu lemah dan membebankan dari aspek operasi serta pelaksanaannya.

“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun daripada aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka.

“Sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita lihat banyak pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa ‘task force’ yang membantah pelaksanaan tersebut. PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak daripada manfaat yang dijangka,” dakwanya.

Tawar diskaun pembelian barangan sekolah – Sinar Harian


Tawar diskaun pembelian barangan sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Disember 2013
  • Tawar diskaun pembelian barangan sekolahSiew Kiong sedang beramah mesra dengan kumpulan kanak-kanak.
< 1 / 1 >

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,000 pemilik premis dan peruncit di 31 pusat beli belah di negeri ini menyertai Program Jualan Kembali Ke Sekolah 2013 yang menawarkan harga terendah bagi pembelian barangan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, penyertaan itu adalah sempena menyahut usaha kerajaan bagi meringankan beban ibu bapa dalam perbelanjaan barangan keperluan sekolah.

Jelasnya, program yang berakhir Januari itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan menjaga kepentingan rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup tinggi masa kini.

“Ia menawarkan harga berpatutan dan potongan dari 10 hingga 70 peratus untuk barangan keperluan sekolah seperti pakaian, kasut, alat tulis dan beg sekolah,” katanya pada Program Walkabout Jualan Kembali Ke Sekolah 2013 di Angsana Johor Bahru Mall di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK Johor, V Ravichandran dan Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall Mohd Nazri Jamiran.