Azih Muda diumum Presiden baru CUEPACS – Berita Harian


Azih Muda diumum Presiden baru CUEPACS

2013/12/19 – 14:30:28 PMCetakEmel Kawan
Azih Muda diumum Presiden baru CUEPACSAzih Muda

Kuala Lumpur: Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE), Azih Muda diumumkan sebagai Presiden CUEPACS di Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras di sini sebentar tadi.

Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi.

Azih mendapat 701 undi menggantikan Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatan presiden kesatuan itu.

Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng turut mengekalkan jawatan Setiausaha Agung CUEPACS.

Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s