‘Bising macam tak untung dah…’ – Metro


‘Bising macam tak untung dah…’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Petaling Jaya: “Mereka sudah buat pun (naikkan tambang), tapi bising seolah-olah macam tak mampu dah… tak untung, tapi kita tak ambil tindakan pun,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurutnya, SPAD sedar terdapat segelintir pengusaha bas sekolah terutama di bandar sudah mendahului pihaknya dalam menentukan kadar tambang yang sesuai untuk dikenakan pada sesi persekolahan 2014.
Namun beliau berkata, kerakusan pengusaha terbabit tidak diambil tindakan buat masa ini berikutan perkhidmatan itu menjadi keperluan utama ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah.

 

“Kita yang ada anak, kalau nak gaduh dengan tauke bas sekolah, memang kita kalah sebab ia keperluan. Dan SPAD pun tidak berniat nak bergaduh, tapi ada pengusaha yang sudah ambil kesempatan sampai tambang naik melambung-lambung.
“Selalu yang di bandar kecil, mereka patuh pada arahan dan kumpulan ini yang kita fikir bagaimana nak bantu sebab mereka memang memerlukan kenaikan itu, tapi yang di bandar ini… yang sudah naikkan tambang, menimbulkan masalah pula kepada kita.
“Kerajaan juga faham keresahan ibu bapa dan masalah bakal mereka hadapi mereka. Walau bagaimanapun kita akan segera buat keputusan dan umumkan kadar yang sesuai tak lama lagi,” katanya ketika di temui di Sri Pentas di sini semalam.

 

Terdahulu beliau bersama delegasi SPAD termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal melawat Sri Pentas, dan rombongan itu disambut Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) Datuk Johan Jaffar serta Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Amrin Awaluddin.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Operasi Digital MPB Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa.

 

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBS) menerusi Presidennya, Amali Munif Rahmat sebelum ini mendesak kadar tambang bas sekolah dinaikkan sehingga 40 peratus, berkuat kuasa Januari depan.
Syed Hamid dalam kenyataannya Isnin lalu, turut menyebut akan mengumumkan tambang bas sekolah baru sebelum sesi persekolahan bermula.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s