Debar calon – Metro


Debar calon

Hari ini keputusan siapa bakal menerajui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan diumumkan secara rasmi selepas proses pemilihan selesai semalam sempena Konvensyen Tritahunan ke-26 kongres berkenaan selama tiga hari bermula kelmarin.

Tumpuan pastinya kepada Azih Muda yang selama tujuh tahun menjadi pemimpin nombor dua selepas Datuk Osman Omar selaku Presiden. Sebagai calon pilihan Osman pastinya Azih memiliki banyak kelebihan berbanding pencabar lain khususnya Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA) Ahmad Shah Mohd Zain.Lebih-lebih lagi apabila Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) Suhaimi Othman menarik diri pada saat-saat terakhir sebelum bermulanya proses pengundian di Dewan Wawasan, Menara PGRM di Kuala Lumpur, semalam.
Dengan pengaruh dimiliki Osman apatah lagi secara terbuka menyatakan sokongan kepada timbalannya semasa majlis perasmian konvensyen berkenaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, laluan untuk Timbalan Presiden 1 itu untuk mengemudi CUEPACS dilihat lebih mudah.

 

Lebih-lebih lagi pengunduran Osman pada saat rekod kepemimpinannya berada di puncak pastinya 1,400 perwakilan atau sebahagian besar daripada mereka bakal menaruh kepercayaan kepadanya dengan memilih Azih yang berpengalaman lebih 30 tahun mengharungi pahit manis dalam gerakan kesatuan sekerja.
Apapun sebenarnya kekuatan Ahmad Shah tidak boleh diketepikan begitu saja. Beliau yang aktif dalam kesatuan sekerja sejak 1980 bukan calang-calang calon, sebaliknya dilihat sebagai seorang yang mempunyai keyakinan tinggi untuk menang.
Maka tidak hairan apabila beliau tidak mengakui kekalahannya pada pemilihan pada 2010, sebaliknya menggunakan ayat ‘menangguhkan kemenangan dengan Loke Yim Pheng’ pada pemilihan itu.

 

Beliau memiliki pakej termasuk pengalaman, kemahiran dan kelebihan untuk memimpin organisasi ini namun kuasa sebenar adalah di tangan para perwakilan.
“Kedua-dua calon ada kekuatannya. Azih adalah Timbalan Presiden 1 di bawah Osman, tetapi Ahmad Shah adalah orang lama dalam kesatuan sekerja, mereka ada penyokong masing-masing,” kata salah seorang perwakilan yang ditemui.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s