Kementerian Luar sahkan kematian kanak-kanak Malaysia di Sydney – Bernama


Kementerian Luar sahkan kematian kanak-kanak Malaysia di Sydney

2013/12/19 – 17:56:54 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan kematian seorang kanak-kanak Malaysia di perkarangan luar Sekolah Carlingford di wilayah barat laut Sydney semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Akshar Balakrishnan, 6, dan berasal dari Ipoh, Perak.

Kanak-kanak itu dan ibunya Fung Ying Ong menziarahi saudara mereka di Sydney, Australia ketika kejadian berlaku, menurut kenyataan kementerian itu di sini.

Berdasarkan maklumat polis tempatan, mangsa dan ibunya dikatakan sedang berjalan untuk menghantar dua sepupunya ke sekolah apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh laluan pejalan kaki.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu dan sepupunya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Westmead, Sydney. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan itu, polis New South Wales (NSW) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia telah menghubungi keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan sewajarnya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s