Keterangan berkecamuk! – Metro


Keterangan berkecamuk!

Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Seorang guru wanita dan suaminya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, di sini, semalam terhadap tuduhan mengakibatkan kecederaan parah dan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia antara Julai dan September 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan membebaskan Daeng Norulasyikin Bachok, 28, dan Mohd Shukur Suradi, 29, selepas berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf menilai kes selain berlaku kecelaruan dalam keterangan diberikan beberapa saksi ketika prosiding sebelum ini.
Samsudin berkata, terdapat tiga elemen perlu dibuktikan terhadap tuduhan pertama yang menyebabkan kecederaan parah iaitu sama ada pasangan itu sengaja mencederakan mangsa, kecederaan parah disebabkan senjata atau alat yang mengakibatkan kematian serta sama ada perbuatan itu dilakukan secara bersama.

 

Beliau berkata, keterangan pegawai penyiasat tidak memiliki keterangan mengaitkan tertuduh dengan mangsa, sekali gus tidak berpadanan untuk mengaitkan perayu dengan kecederaan dialami amah berkenaan. Menurutnya, malah doktor turut tidak melihat sendiri sama ada perayu mengakibatkan kecederaan kepada amah terbabit.
“Berlaku kecamukan keterangan kerana pihak pendakwaan melonggokkan kesalahan kecederaan lama dan baru dalam tempoh kejadian.
“Bagi tuduhan memperdagangkan pembantu rumah, siasatan mendapati pasangan itu membuat permohonan daripada ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dan tiada keterangan mangsa disimpan bagi tujuan perhambaan,” katanya.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid manakala pasangan suami isteri berkenaan diwakili Muhammad Ashraf Mohd Diah.
Pada 19 Jun 2013, pasangan suami isteri itu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memperdagangkan seorang wanita Indonesia yang juga amah mereka antara Julai hingga September tahun lalu.

 

Mohd Shukur dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan manakala Daeng Norulasyikin dikenakan hukuman penjara 15 tahun terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini. Pasangan terbabit turut dipenjara masing-masing 10 tahun bagi tuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa dengan Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s