Lebih 36,000 guru mohon pertukaran tahun lalu – Bernama


Lebih 36,000 guru mohon pertukaran tahun lalu

2013/12/19 – 14:45:01 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menerima 36,133 permohonan pertukaran guru tahun lepas, meningkat kira-kira 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata jumlah itu merangkumi 19,678 permohonan guru sekolah rendah dan 16,455 guru sekolah menengah.

“Daripada jumlah ini hanya 18.93 peratus permohonan diluluskan iaitu merangkumi 2,778 guru sekolah rendah dan 4,063 sekolah menengah,” katanya menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Ahamat ingin tahu kriteria yang diguna pakai dalam penentuan kelulusan permohonan pertukaran guru dan statistik permohonan yang diterima serta peratusan diluluskan dan ditolak untuk lima tahun lalu.

Kamalanathan berkata, keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri merupakan kriteria utama yang diambil kira dalam penentuan penempatan guru baharu dan kelulusan pertukaran guru.

Kementerian juga katanya bersedia menimbang permohonan pertukaran guru yang mempunyai alasan kukuh seperti ancaman keselamatan, sakit kronik, mengikut pasangan dan cukup tempoh perkhidmatan, mengikut keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.

Katanya, bilangan guru di sesebuah negeri tidak boleh melebihi jumlah yang diluluskan mengikut waran perjawatan negeri berkenaan.
“Kementerian ini juga perlu memastikan keperluan opsyen yang kritikal diisi dengan guru opsyen berkenaan agar murid mendapat tenaga pengajar yang kompeten dan mencukupi,” katanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s