Muhyiddin ucap tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2013 – Bernama


Muhyiddin ucap tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2013

2013/12/19 – 14:49:47 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memperoleh keputusan cemerlang hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru atas jasa dan pengorbanan mereka yang menyumbang kepada keputusan cemerlang pelajar.

“Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Tahniah, syabas dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu bapa dan guru,” katanya dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam sidang medianya pagi tadi mengumumkan sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada 462,940 calon PMR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan 0.41 peratus atau 514 calon berbanding 30,474 orang pada 2012. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s