PMR: Calon capai gred A di Labuan bertambah – Bernama


PMR: Calon capai gred A di Labuan bertambah
19 Disember 2013

LABUAN – Keputusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Labuan menunjukkan penurunan 2.72 peratus, meskipun calon memperoleh Gred A bertambah iaitu 70 pelajar berbanding 54, tahun lepas.

Pengarah Pejabat Pendidikan Labuan Mistirine Radin berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi melihat kaedah penambahbaikan prestasi pada tahun depan.
.
“Penurunan prestasi tidak harus dilihat secara negatif kerana bilangan calon tahun ini yang memperolehi Gred A meningkat secara signifikan,” katanya semasa mengumumkan keputusan PMR itu di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan Alice Lee Chai Pee yang mendapat keputusan 8A tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan seorang daripada pelajar cemerlang PMR Labuan tahun ini.

Lee, 15, anak seorang buruh berkata kesusahan hidup keluarganya menjadi pendorong kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian menjadi akauntan sekali gus mampu merubah nasib keluarganya.

“Ayah saya seorang buruh kasar manakala emak hanya suri rumah, walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi tetapi semangat dan dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh menjadi resipi pendorong kejayaan saya,” kata Lee.

Mohd Fadhilah Asli dan Ahmad Zaim Azman, pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang 8A turut diumumkan antara pelajar cemerlang PMR seluruh Labuan.

Fadhilah anak kepada seorang pengawal berkata kesusahan keluarga bukan menjadi penghalang baginya untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Kejayaan hari ini adalah usaha saya yang banyak menjawab soalan peperiksaan terdahulu untuk memantapkan lagi kefahaman dan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran,” kata Fadhilah yang bercita-cita menjadi jurutera kimia.

Ahmad Zaim pula berkata, keputusan cemerlang yang diperolehnya adalah hadiah untuk kedua ibu bapanya yang bertugas sebagai guru.

“Mereka tidak pernah jemu mengajar saya selama ni,” katanya yang gemar belajar dalam kumpulan kerana membantunya lebih fokus pada mata pelajaran yang dia lemah.
– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s