PMR: Pencapaian Johor bertambah baik – Metro


PMR: Pencapaian Johor bertambah baik

JOHOR BAHRU: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 bagi 15 mata pelajaran akademik di Johor bertambah baik dengan peningkatan sebanyak 0.04 mata Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.65 mata berbanding 2.69 mata tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata, peratusan cemerlang meningkat daripada 7.42 peratus (3,916 calon) pada 2012 kepada 7.62 peratus (3,948 calon) tahun ini.

“Ini bermakna seramai 3,948 daripada 55,751 calon yang menduduki PMR tahun ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

“Manakala peratusan calon melepasi tahap penguasaan minimum semua gred D tidak termasuk gred A juga meningkat iaitu 1.09 peratus membabitkan 33,367 calon (63.26 peratus) pada 2012 kepada 33,132 calon (64.35 peratus) tahun ini.
“Sementara itu pencapaian bagi calon menguasai sekurang-kurangnya semua memperoleh gred D turut meningkat iaitu 70.68 peratus kepada 72.02 tahun ini membabitkan 37,080 calon berbanding 37,283 calon tahun lalu,” katanya pada pengumuman keputusan PMR 2013 di Jabatan Pendidikan Johor di sini, tadi.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s