PMR: Peratus kelulusan meningkat di Sabah – Metro


PMR: Peratus kelulusan meningkat di Sabah

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

KOTA KINABALU: Seramai 23,622 atau 63.86 peratus daripada 36,990 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini di Sabah berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian pencapaian gred D termasuk semua gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Maimunah Shuhaibul berkata, peratus kelulusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.82 peratus berbanding 62.04 peratus atau 23,300 calon tahun lalu.

“Dari segi kualiti pencapaian calon tahun ini yang diukur dari segi pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan peningkatan iaitu 2.95 tahun ini berbanding 3.01 tahun lalu.

“GPN tahun ini adalah yang terbaik pernah dicapai berbanding dengan pencapaian lima tahun ke belakang,” katanya dalam sidang media Pengumuman Keputusan PMR 2013 di Sekolah Menengah (SM) Sains Sabah, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Mohd Zaini Yanin.
Maimunah berkata, daripada kejayaan itu, terdapat sedikit penurunan bilangan calon cemerlang yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 916 calon (2.48 peratus) berbanding 922 calon (2.45 peratus) tahun lalu dan menunjukkan penurunan sebanyak enam calon (0.02 peratus).

Katanya, sebanyak 10 mata pelajaran turut berjaya mencatat peratus peningkatan lulus iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pertanian, Perdagangan dan keusahawanan.

“Selain itu, mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Kadazandusun turut mencatat peningkatan peratusan dan Geografi kekal peratus lulus seperti tahun lalu.

“Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, KHB Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) mencatat penurunan dari segi peratusan,” katanya.

Terdahulu, Maimunah berkata, pihaknya akan membuat siasatan lanjut kepada beberapa mata pelajaran yang mencatat penurunan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s