SESMA sekolah terbaik Terengganu – Bernama


SESMA sekolah terbaik Terengganu

2013/12/19 – 18:23:22 PMCetakEmel Kawan
KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Terengganu selepas 73 daripada 100 calonnya memperoleh semua A.

Sekolah Menengah Imtiaz, Hulu Terengganu pula di tempat kedua, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit di tangga ketiga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam.

Sementara itu, Pengetua SESMA, Meriam Jusoh berkata pencapaian sekolah itu sebenarnya mencatat sedikit penurunan dari segi Gred Purata Sekolah, namun dari segi subjek yang diambil tujuh mata pelajaran mencatat keputusan lulus 100 peratus.

“…ini keputusan yang terbaik (pernah dicatat),” katanya kepada pemberita selepas Pengumuman Keputusan PMR 2013, di sini.

Calon terbaik SESMA, Syiraz Mohd Ali Jaafar yang memperoleh 8A berkata kejayaannya adalah hasil penat lelah guru yang tidak jemu membimbingnya dan rakan-rakan.

“(Selain itu) di sekolah ini diperkenalkan program guru muda, iaitu pelajar-pelajar yang cemerlang sentiasa membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan kita belajar bersama-sama,” katanya.

Seorang lagi calon yang memperoleh 8A, Abdul Jabbar Hud Mohd Saimi dari Kampung Bukit Agu, Batu Rakit, berkata kemiskinan mendorongnya berusaha memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
“Bapa saya bekerja sebagai penoreh getah terpaksa menangggung saya dan lima lagi adik kerana ibu tidak bekerja, dan kejayaan ini adalah hadiah untuk ayah dan ibu saya. Insya-Allah saya akan mengubah nasib keluarga,” katanya yang berazam membuat yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun lagi.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s