Ratusan terselamat selepas kandas di Bukit Broga – Bernama


Ratusan terselamat selepas kandas di Bukit Broga
20 Disember 2013

KUALA LUMPUR – Seramai 152 kanak-kanak dan remaja serta 40 kru penggambaran iklan sebuah syarikat berjaya diturunkan kira-kira 7.25 malam ini selepas mereka terperangkap beberapa jam berikutan hujan lebat di puncak Bukit Broga, Semenyih.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.15 petang tadi sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Kajang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Difahamkan, mereka naik ke bukit itu pada 5 pagi tadi untuk menjalani penggambaran iklan minuman dan gagal untuk turun ke kaki bukit berikutan hujan lebat petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua mangsa diturunkan secara berperingkat bermula dengan kanak-kanak dan remaja.  – Bernama

Peluang miliki telefon pintar – Bernama


Peluang miliki telefon pintar
20 Disember 2013
  • telefon pintar
< 1 / 1 >

PETALING JAYA – Penjawat awam kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini melalui skim potongan gaji yang diperkenalkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, skim itu diperkenal melalui kerjasama dengan Clixster Mobile Bhd.

“Program ini dibuat bertujuan memenuhi aspirasi era digital dan komunikasi tanpa sempadan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika melancarkan inisiatif di bawah program Bijak MyCoop Clixster di sini hari ini.

Buat permulaan, 12 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menyertai program itu, antaranya Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, Koperasi Kebajikan Bekas Tentera, Koperasi Warga Kastam Kelantan Berhad, Koperasi Pemandu JB, Koperasi Belia Islam dan Koperasi Guru-guru Kelantan.

Pada sidang media kemudian, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile Bhd Mahadzer Arshad berkata program itu memudahkan pembelian telefon pintar dengan penjawat awam tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

“Kita mudahkan pengguna dengan potongan gaji yang dibuat mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, program itu dilihat dapat membuka peluang keuntungan tambahan kepada koperasi yang bernaung di bawah Angkasa.  – Bernama

Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 ke DGA34 Bagi Tahun 2014 Melalui Permohonan Online – NUTP


Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 ke DGA34 Bagi Tahun 2014 Melalui Permohonan Online

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 TAHUN 2013: PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2014


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 TAHUN 2013: PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2014

Kategori Pekeliling Ikhtisas
Bil 2
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014
Tarikh 20 December 2013

Prestasi PMR cemerlang, peringkat antarabangsa? – Sinar Harian


Prestasi PMR cemerlang, peringkat antarabangsa?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
20 Disember 2013

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa pimpinan tertinggi negara buka mulut berikutan terdapat perbezaan ketara antara pencapaian pelajar Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jelas Kit Siang, pencapaian cemerlang pelajar Malaysia diperingkat PMR baru-baru ini tidak mencerminkan pencapaian sebenar pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya sertai Najib dan Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun ini, tetapi bolehkah PM dan TPM jelaskan perbezaan besar antara keputusan PMR tahun ini dengan TIMSS 2011 dan Pisa 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa?

“… menyentuh hal ini, saya hairan mengapa perdana menteri dan timbalan perdana menteri masih membisu tentang keputusan ujian TIMSS 2011 dan PISA 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa.

“Oleh itu, mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat perbezaan besar pada keputusan ujian PMR di peringkat tempatan berbanding keputusan ujian antarabangsa seperti TIMSS 2011 dan Pisa 2012,” katanya yang dipetik menerusi laman blog miliknya.

Keputusan PMR tahun ini, menunjukkan 30,988 atau 7.33 peratus dari 462,940 pelajar yang telah menduduki ujian PMR di seluruh negara yang telah mencapai gred A dalam semua subjek – peningkatan sebanyak 0.41 peratus atau 514 pelajar dari tahun lepas.

Sebanyak 7.33 peratus pelajar telah mendapat gred A dalam semua subjek PMR, bererti sistem pendidikan Malaysia telah menghasilkan lebih dari tujuh peratus pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa yang setanding dengan rakan-rakan sebaya mereka di negara lain.

Walau bagaimanapun, keadaan ini dapat dilihat  pada keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2012.

“TIMSS 2011 menunjukkan hanya dua peratus daripada pelajar Malaysia yang ikut serta dalam ujian itu berjaya mencatatkan gred tinggi “Advanced International Benchmark” dalam ujian matematik berbanding 49 peratus pelajar Taiwan, 48 peratus pelajar Singapura, 47 peratus pelajar Korea Selatan, 34 peratus pelajar Hong Kong, 27 peratus pelajar Jepun dan 14 peratus pelajar Russia.

“… lebih menggusarkan, keputusan ujian antarabangsa itu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia terus-menerus merosot, terutamanya sejak satu setengah dekad yang lalu memandangkan jumlah pelajar yang mencapai “Advanced International Benchmark” TIMSS dalam ujian matematik telah merosot dengan banyak dari 10 peratus pada tahun 1999 ke 2 peratus pada tahun 2011, sedangkan peratusan pelajar-pelajar cemerlang dari negara di tangga atas TIMSS semakin meningkat, misalnya peratus pelajar cemerlang Taiwan meningkat dari 37 peratus pada tahun 1999 ke 49 peratus pada tahun 2011; Singapura dari 42 peratus ke 48 peratus; Korea Selatan dari 32 peratus ke 47 peratus dan Hong Kong dari 28 peratus ke 34 peratus.

“… manakala dalam Pisa 2012, hanya 1.3 peratus pelajar Malaysia tergolong sebagai “pelajar cemerlang” dalam matematik (iaitu mencapai Tahap 5 atau 6) berbanding Shanghai-China (55.4 peratus), Singapura (40 peratus), Taiwan (37.2 peratus), Hong Kong (33.7 peratus) dan Korea Selatan (30.9 peratus). Sekitar 15 petarus hingga 25 peratus pelajar Belgium, Kanada, Finland, Jerman, Jepun, Liechtenstein, Macao, Netherlands, New Zealand, Poland, dan Switzerland adalah pelajar cemerlang.

“Selain itu, pencapaian 5 peratus pelajar terbaik Malaysia hanya setaraf pelajar biasa dari Korea dan Jepun.

“Lebih membimbangkan, lebih separuh pelajar Malaysia (51.8 peratus) tidak mencapai tahap keupayaan asas dalam Matematik (iaitu di bahawa Tahap 2),” jelas Kit Siang.

15 sekolah di Johor dibaik pulih – Bernama


15 sekolah di Johor dibaik pulih
20 Disember 2013
  • banjirSekolah Menengah Agama Muhammadi Rantau Panjang turut ditenggelami air berikutan banjir melanda negeri ini sejak semalam. Foto Bernama
< 1 / 1 >

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Johor sedang membaik pulih lebih 15 buah sekolah yang rosak akibat banjir awal bulan ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Nor A Ghani berkata, kerja-kerja pemulihan melibatkan kos keseluruhan hampir RM200,000 dan dijangka siap sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

Namun secara umum kerosakan yang dialami adalah kecil, katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan beg sekolah dan peralatan menulis oleh Johor Corporation (JCorp) di sini hari ini.

Sebanyak 1,500 beg sekolah dan alat tulis disumbangkan kepada pelajar dari  10 daerah.

Sementara itu Mohd Nor berkata sesi persekolahan penggal pertama di Johor akan bermula seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama

Jabatan Pendidikan Johor baik pulih sekolah rosak akibat banjir – Bernama


Jabatan Pendidikan Johor baik pulih sekolah rosak akibat banjir

2013/12/20 – 16:20:00 PMCetakEmel Kawan
JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Johor sedang membaik pulih lebih 15 sekolah yang rosak akibat banjir awal bulan ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Nor A Ghani berkata kerja-kerja pemulihan melibatkan kos keseluruhan hampir RM200,000 dan dijangka siap sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

Namun secara umum kerosakan yang dialami adalah kecil, katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan beg sekolah dan peralatan menulis oleh Johor Corporation (JCorp) di sini, hari ini.

Sebanyak 1,500 beg sekolah dan alat tulis disumbangkan kepada pelajar dari 10 daerah.

Sementara itu Mohd Nor berkata sesi persekolahan penggal pertama di Johor akan bermula seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

– BERNAMA

Dua remaja ditahan – Sinar Harian


Dua remaja ditahan
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2013

IPOH – Hasrat dua remaja menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Desa Kenchana, Bercham di sini, semalam ‘terbantut’ apabila kedua-duanya ditahan polis di hadapan kedai terbabit.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, remaja berusia 15 dan 19 tahun itu ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang membuat rondaan dalam Op Cantas Khas bersama anggota jenayah berat (D9).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, seorang remaja berusia 15 tahun memakai anduh seolah-olah patah tangan dilihat  teragak-agak untuk memasuki kedai berkenaan.

Menurutnya, salah seorang remaja terbabit sempat mencampakkan sebilah pisau di longkang berhampiran di kaki lima bangunan menempatkan kedai terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebilah lagi pisau  disembunyikan dalam anduh yang dipakai salah seorang remaja itu dan polis turut merampas beg yang mengandungi topi serta tiga topeng muka.
“Kesemua remaja terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan  direman selama beberapa hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nasihat nenek jadi pegangan – Sinar Harian


Nasihat nenek jadi pegangan
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2013
  • Nasihat nenek jadi peganganMohd Shukor (dua, kiri) menunjukkan keputusan kepada Yusof (kanan) sambil diperhatikan Guru Kanan Kemanusiaan SMK Kubang Rotan, Zul Ahmad Tarmizi Hussain (kiri) dan Daharah di kediaman mereka di Kampung Hilir, dekat sini.
< 1 / 1 >

KUALA KEDAH – Meskipun menjalani hidup serba kekurangan dan ayah ibu tiada di sisi namun ia tidak mematahkan semangat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan, dekat sini, untuk memperoleh keputusan terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Lebih menggembirakan, Mohd Shukor Ali, 15, merupakan satu-satunya pelajar yang mencapai keputusan 8A dan menjadi kebanggaan  khususnya nenek dan datuknya, Yusof Arif, 85.

Neneknya, Daharah Jaafar, 80, berkata, cucunya dibesarkan mereka berdua seawal usia beberapa bulan lagi berikutan ketiadaan bapanya manakala ibu pula sudah memulakan kehidupan baru di tempat lain.

“Nenek gembira. Tak sangka, Mohd Shukor akan memperoleh keputusan terbaik. Sedangkan kami bergantung kepada bantuan seperti zakat untuk menyara kehidupan. Buku rujukan digunakannya atas keprihatinan guru sekolah sahaja.

“Suami pula bekas nelayan, manakala nenek pula tidak bekerja. Jadi, kejayaan Mohd Shukor merupakan satu kebanggaan buat kami. Sebab itulah nenek sering menasihatinya rajin belajar untuk mengubah nasib diri,” katanya.

Malah, walaupun cucunya perlu berjalan kaki setiap kali pulang dari sekolah kira-kira 1.5 kilometer (km), keadaan terbabit dilihat tidak pernah mematahkan semangatnya untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Mohd Shukor menyifatkan kejayaan diperoleh merupakan hadiah istimewa buat nenek dan datuknya yang sudi menjaga dia selama ini.

“Datuk dan nenek menjaga saya dari kecil. Hanya ini jalan untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Kubang Rotan, Sharif Bahari berkata, sebagai sekolah luar Bandar yang kebanyakan keputusan hanyalah sederhana, dia tidak hanya teruja sebaliknya turut terharu ada pelajar tunggal mencapai keputusan terbaik dalam PMR terakhir ini.

Katanya, keputusan kali ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari 131 pelajar tingkatan tiga yang mengambil PMR berkenaan.

Dalam pada itu, sebagai penghargaan kepada Mohd Shukor yang mengharumkan nama sekolah, dia menerima hadiah istimewa RM500 daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Graduan ISMP belum diberi penempatan – Sinar Harian


Graduan ISMP belum diberi penempatan
SHAHRAEL ABD KASSIM
20 Disember 2013

TEKA-TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya. Walaupun mendapat tempat ketiga paling tinggi bagi kategori paling setuju dalam semua kategori isu yang diketengahkan dalam laman web bajet 2014, namun masalah ini belum lagi mendapat perhatian daripada pihak pemerintah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan isu penempatan graduan ISMP ini.

Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013  kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali. Keresahan graduan semakin bertambah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  menyatakan bahawa hanya 30 peratus graduan pendidikan terbaik sahaja yang akan diambil untuk menjadi guru.

Menjadi tanda tanya kemanakah hala tuju graduan yang selebihnya itu? Inilah yang menjadi punca keresahan ramai graduan apabila sehingga kini tiada panggilan temuduga diadakan untuk graduan ISMP. Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.

Untuk pengetahuan semua, graduan ISMP telah menghabiskan masa selama empat tahun untuk pengajian yang berorientasikan pendidikan di sekolah menengah dan rendah. Kebanyakan daripada kami yang memasuki bidang ini adalah berasaskan unjuran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi apabila kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang baharu graduan ISMP seolah-olah menjadi mangsa keadaan terhadap perubahan dasar yang dilakukan.

Kami tidak mempertikaikan dasar baharu itu dilaksanakan sekiranya kerajaan tidak membelakangkan hak graduan ISMP ini. Namun apabila dasar baharu diperkenalkan dan terus dilaksanakan tanpa melihat kesannya kepada graduan ISMP ianya menyebabkan graduan ISMP menjadi mangsa keadaan. Dengan bebanan yang terpaksa ditanggung ekoran dengan pelbagai kenaikan yang berlaku adakah adil kepada kami yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk bekerja di kedai serbaneka mahupun pasar malam bagi menolong keluarga dan menampung kehidupan kami sendiri.

Malah, rata-rata dalam kalangan kami perlu untuk melunaskan hutang PTPTN sebanyak RM 26-30 ribu dan belum lagi dikira dengan tambahan kadar faedah yang tertunggak sekiranya kami tidak memulakan pembayaran secepat mungkin. Kami berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah ini segera yang mungkin bagi memastikan kami mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Untuk makluman, graduan ISMP sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sektor lain selain daripada sektor pendidikan kerana kami terpaksa bersaing dengan graduan pasaran terbuka. Permasalahan mengenai penempatan graduan ISMP ini telah pun dibahaskan di Dewan Rakyat namun sehingga kini masih lagi tiada apa-apa tindakan susulan bagi memastikan graduan ISMP diberi penempatan.

Sehubungan itu, kami berharap pihak KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat menyegerakan urusan temuduga dan penempatan graduan ISMP kerana kami sememangnya ingin berbakti pada anak bangsa dan seterusnya kepada negara yang tercinta.

Mohon untuk pihak pemerintah mendengar keluhan rakyat bawahan dan tidak hanya menabur janji menyelesaikan segala hal berkaitan dengan rakyat tatkala musim pilihanraya.

Jasa baik dan kerjasama serta sifat toleransi daripada pihak kerajaan amat kami hargai.

Shahrael Abd Kassim

Pengerusi
Jawatankuasa 3rd Batch
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)