Deria telinga, mulut ganti mata rabun – Metro


Deria telinga, mulut ganti mata rabun

Bachok: Seorang Calon Berkeperluan Khas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang terpaksa memakai cermin mata tebal berkuasa 1,200 akibat masalah rabun membuktikan keupayaannya apabila memperoleh keputusan 7A 1B, semalam.

Mohammad Daie Roslan, 15, dari Kampung Kubang Kawah, Bachok yang rabun sejak berusia sembilan tahun berkata, dia memaksimumkan penggunaan telinga dan mulut sebagai pengganti mata terutama ketika belajar.
“Saya tidak dapat melihat dengan baik, jadi saya banyak bertanya dan mendengar sepenuh perhatian ketika guru mengajar.

 

“Kadang kala saya malu kerana terlalu banyak bertanya dan meminta tolong rakan untuk bertanyakan soalan. Bagaimanapun, dengan cara itu saja saya dapat faham dan akhirnya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik sehingga memperoleh 7A 1B,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, dekat sini, semalam.
Daie yang juga anak kepada buruh, Roslan Abdullah, 48 dan suri rumah, Hasmiza Abdullah, 37, mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian manakala Bahasa Melayu pula B.
Menurut Daie, dia meminati seni lukisan dan bercita-cita menjadi juru animasi satu hari nanti.

 

Roslan pula berkata, dia bangga dengan pencapaian anak sulung daripada empat beradik itu kerana sanggup bersabar dengan kekurangan diri, malah mampu berjaya seperti orang lain.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu tanamkan keyakinan dalam diri anak. Hanya pelajaran mampu mengubah nasib keluarga,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s