Dua remaja ditahan – Sinar Harian


Dua remaja ditahan
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2013

IPOH – Hasrat dua remaja menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Desa Kenchana, Bercham di sini, semalam ‘terbantut’ apabila kedua-duanya ditahan polis di hadapan kedai terbabit.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, remaja berusia 15 dan 19 tahun itu ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang membuat rondaan dalam Op Cantas Khas bersama anggota jenayah berat (D9).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, seorang remaja berusia 15 tahun memakai anduh seolah-olah patah tangan dilihat  teragak-agak untuk memasuki kedai berkenaan.

Menurutnya, salah seorang remaja terbabit sempat mencampakkan sebilah pisau di longkang berhampiran di kaki lima bangunan menempatkan kedai terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebilah lagi pisau  disembunyikan dalam anduh yang dipakai salah seorang remaja itu dan polis turut merampas beg yang mengandungi topi serta tiga topeng muka.
“Kesemua remaja terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan  direman selama beberapa hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s