Graduan ISMP belum diberi penempatan – Sinar Harian


Graduan ISMP belum diberi penempatan
SHAHRAEL ABD KASSIM
20 Disember 2013

TEKA-TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya. Walaupun mendapat tempat ketiga paling tinggi bagi kategori paling setuju dalam semua kategori isu yang diketengahkan dalam laman web bajet 2014, namun masalah ini belum lagi mendapat perhatian daripada pihak pemerintah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan isu penempatan graduan ISMP ini.

Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013  kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali. Keresahan graduan semakin bertambah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  menyatakan bahawa hanya 30 peratus graduan pendidikan terbaik sahaja yang akan diambil untuk menjadi guru.

Menjadi tanda tanya kemanakah hala tuju graduan yang selebihnya itu? Inilah yang menjadi punca keresahan ramai graduan apabila sehingga kini tiada panggilan temuduga diadakan untuk graduan ISMP. Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.

Untuk pengetahuan semua, graduan ISMP telah menghabiskan masa selama empat tahun untuk pengajian yang berorientasikan pendidikan di sekolah menengah dan rendah. Kebanyakan daripada kami yang memasuki bidang ini adalah berasaskan unjuran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi apabila kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang baharu graduan ISMP seolah-olah menjadi mangsa keadaan terhadap perubahan dasar yang dilakukan.

Kami tidak mempertikaikan dasar baharu itu dilaksanakan sekiranya kerajaan tidak membelakangkan hak graduan ISMP ini. Namun apabila dasar baharu diperkenalkan dan terus dilaksanakan tanpa melihat kesannya kepada graduan ISMP ianya menyebabkan graduan ISMP menjadi mangsa keadaan. Dengan bebanan yang terpaksa ditanggung ekoran dengan pelbagai kenaikan yang berlaku adakah adil kepada kami yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk bekerja di kedai serbaneka mahupun pasar malam bagi menolong keluarga dan menampung kehidupan kami sendiri.

Malah, rata-rata dalam kalangan kami perlu untuk melunaskan hutang PTPTN sebanyak RM 26-30 ribu dan belum lagi dikira dengan tambahan kadar faedah yang tertunggak sekiranya kami tidak memulakan pembayaran secepat mungkin. Kami berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah ini segera yang mungkin bagi memastikan kami mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Untuk makluman, graduan ISMP sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sektor lain selain daripada sektor pendidikan kerana kami terpaksa bersaing dengan graduan pasaran terbuka. Permasalahan mengenai penempatan graduan ISMP ini telah pun dibahaskan di Dewan Rakyat namun sehingga kini masih lagi tiada apa-apa tindakan susulan bagi memastikan graduan ISMP diberi penempatan.

Sehubungan itu, kami berharap pihak KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat menyegerakan urusan temuduga dan penempatan graduan ISMP kerana kami sememangnya ingin berbakti pada anak bangsa dan seterusnya kepada negara yang tercinta.

Mohon untuk pihak pemerintah mendengar keluhan rakyat bawahan dan tidak hanya menabur janji menyelesaikan segala hal berkaitan dengan rakyat tatkala musim pilihanraya.

Jasa baik dan kerjasama serta sifat toleransi daripada pihak kerajaan amat kami hargai.

Shahrael Abd Kassim

Pengerusi
Jawatankuasa 3rd Batch
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s