Kejang sebelum lemas – Metro


Kejang sebelum lemas

Oleh Adnan Mohamad

Kota Bharu: “Dia sering membawa balik beberapa ekor ikan sepat ke rumah untuk dibuat lauk setiap kali mengail di kawasan paya berkenaan. Tidak sangka dia menemui ajal di situ,” kata Wan Norhasliza Wan Yaakub, 39, ibu kepada Mohamed Helmi Mohamed, 16, yang ditemui mati lemas di paya dekat Kampung Pasir Tok Kambing, di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama sekumpulan rakannya mengail di paya berkenaan sebelum tergelincir jatuh.

Mayat pelajar orang kelainan upaya (OKU) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demit itu ditemui kira-kira sejam kemudian dengan bantuan orang kampung di kawasan berhampiran.

Wan Norhasliza berkata, anak kedua daripada 10 beradik itu mempunyai masalah sawan dan mungkin kekejangan selepas terjatuh ke dalam paya terletak satu kilometer (KM) dari rumah mereka.

Katanya, ketika kejadian, dia yang hamil anak ke-11 sedang membuat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran kerana kandungannya kini berusia empat bulan manakala suami, Mohamed Abd Majid, 50, yang juga pengawal keselamatan sekolah berada di tempat kerja.

“Sebaik tiba di rumah, anak sulung memaklumkan kejadian dan saya terus bergegas ke paya berkenaan dan melihat mayat anak sudah dibawa naik ke atas tebing.

“Saya dimaklumkan bahawa anak saya terjatuh ke dalam paya dan tidak berjaya mengapungkan diri.

Dia berada dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam.

“Sebenarnya anak saya ini mengalami masalah sawan dan mungkin kejang sebelum tenggelam,” katanya.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Suaminya, Mohamed berkata dia amat terkilan dengan kehilangan salah seorang anaknya namun pasrah dengan ketentuan ilahi.

Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya kira-kira jam 8 pagi semalam namun arwah masih tidur.

“Tidak sangka pula selepas keluar rumah untuk menghantar isteri ke klinik kesihatan, saya mendapat tahu anak lemas akibat tergelincir ke dalam paya berdekatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

FotoJENAZAH Mohamed Helmi dibawa ke HRPZ II untuk dibedah siasat.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s