OKU cemerlang – Sinar Harian


OKU cemerlang
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2013
  • OKU cemerlangMuhammad Daie (tengah) dipeluk ibu dan bapanya selepas menerima keputusan PMR di SMK Bachok semalam.
< 1 / 1 >

BACHOK – Pelajar kurang upaya penglihatan (rabun) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, Muhammad Daie Roslan, 15, tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), semalam.

Muhammad Daie berkata, dia hanya menyasarkan 5A untuk berada di sekolah sama pada tahun depan dan bersyukur mendapat keputusan berkenaan serta berterima kasih kepada semua pihak termasuk guru, rakan, juga keluarga yang banyak membantunya.

“Saya belajar ikut keselesaan diri. Walaupun pakai cermin mata, tetapi kesannya hanya lima peratus. Dalam peperiksaan saya diberi kertas dengan huruf lebih besar dan lebih masa untuk menjawab,” katanya.

Bapanya, Roslan Abdullah berkata, dia sentiasa mengingatkan anaknya yang pernah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu, agar tidak lupakan ALLAH SWT.

Katanya yang cuma bekerja sebagai buruh, dia percaya setiap kekurangan akan ada kelebihan dan mengakui saat paling sedih adalah ketika Muhammad Daie memaklumkan masalah penglihatannya pada usia sembilan tahun.

“Saya terus bawa Muhammad Daie ke hospital dan doktor sahkan dia ada masalah penglihatan. Kini adik bongsunya, Muhammad Adib, 4 mengalami masalah sama. Saya difahamkan ia penyakit keturunan diwarisi dari sebelah isteri saya, Hasmiza Abdullah, 37,” katanya.

Manakala, Pengetua SMK Bachok, Sabariah Sair memaklumkan pencapaian sekolah itu meningkat tahun ini dengan kelulusan 100 peratus dan kini berada di tempat ketiga terbaik di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Bachok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s