Pelajar hidap masalah mengantuk dapat 8A – Metro


Pelajar hidap masalah mengantuk dapat 8A

Melaka: Meskipun mengidap Narcolepsy-Cataplexy iaitu masalah mengantuk berlebihan pada siang hari, seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) berkeperluan khas tidak menyangka memperoleh A dalam lapan subjek diambilnya.

Calon berkenaan Melinda Tang Ming Hui, 15, berkata, dia tidak pernah menyangka akan memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana menganggap kertas soalan bagi beberapa mata pelajaran dalam peperiksaan berkenaan agak sukar.
“Sejak berusia 11 tahun, doktor sudah mengesahkan menghidap penyakit ini dan menyebabkan saya kerap tertidur pada waktu siang tanpa mengira tempat dan waktu.

 

“Malah, ketika menduduki peperiksaan, saya turut tertidur terutama apabila berdepan soalan terlalu susah untuk dijawab, namun bernasib baik kerana diberikan masa tambahan selama setengah jam kerana penyakit ini,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PMR 2013 peringkat Melaka di Auditorium Rumah Media, Ayer Keroh, di sini, semalam.
Melinda berkata, sebagai seorang pelajar, dia sentiasa memasang azam untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan walaupun dirinya berbeza dengan pelajar lain.
“Kebiasaannya saya akan tertidur di dalam kelas sebanyak tiga hingga empat kali selama 15 hingga 20 minit sepanjang waktu persekolahan, namun guru dan rakan begitu memahami keadaan saya serta banyak membantu dalam subjek yang tertinggal,” katanya yang memperoleh empat A ketika peperiksaan percubaan.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s