PM ucap tahniah – Metro


PM ucap tahniah

Kuala Lumpur: “Tahniah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (Penilaian Menengah Rendah),” kata Datuk Seri Naib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu mereka meneruskan usaha untuk kejayaan yang lebih besar pada masa depan.
“Teruskanlah usaha kerana ini satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar,” kata beliau melalui Twitter semalam.

 

Sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon PMR 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan yang diumumkan semalam itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon. Beliau berkata prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Katanya, bagaimanapun GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menurun 0.03 mata kepada 2.35 mata berbanding 2.32 tahun lepas. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan penghargaan ke atas pengorbanan dan jasa ibu bapa serta guru. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang.
“Tahniah, syabas dan terima kasih atas pengorbanan serta jasa ibu bapa dan guru,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s