PMR: Duka akibat banjir terubat dengan 8A – Bernama


PMR: Duka akibat banjir terubat dengan 8A
19 Disember 2013

KEMAMAN – Kedukaan Ayu Natasha Ayub selepas keluarganya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Taman Seri Jaya di sini ditenggelami banjir, terubat setelah dia memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini.

Ayu Natasha yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok di sini mendapat A bagi semua lapan mata pelajaran yang diambilnya.

“Saya terkilan apabila 300 koleksi buku yang disimpan turut musnah dan terpaksa dibuang,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Ibunya, Rohani Kotai Meah, 43, berkata pakaian dan kelengkapan persekolahan Ayu serta adik-adiknya yang sudah dibeli turut musnah akibat banjir.

“Saya membelanjakan RM500 untuk membeli pelbagai barangan sekolah. Malah, kami rugi lebih RM20,000 kerana semua barang rosak akibat banjir,” katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Nur An’Ummillah Fatihah Ismail turut gembira dengan kejayaan mendapat 8A dalam PMR.

Walaupun gembira dengan keputusan itu, dia masih sedih mengenangkan barangan rumahnya di Kampung Pengkalan Pandan di sini rosak akibat banjir.

Haikal Daniel Nasir yang turut memperoleh 8A pula lega kerana dapat menyelamatkan barangan persekolahannya lebih awal dengan menyimpannya di bahagian atas rumahnya Kampung Kubang Kurus di sini.

Seramai 287 calon daripada 3,344 calon di daerah ini mendapat 8A dalam PMR.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s