Prestasi PMR cemerlang, peringkat antarabangsa? – Sinar Harian


Prestasi PMR cemerlang, peringkat antarabangsa?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
20 Disember 2013

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa pimpinan tertinggi negara buka mulut berikutan terdapat perbezaan ketara antara pencapaian pelajar Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jelas Kit Siang, pencapaian cemerlang pelajar Malaysia diperingkat PMR baru-baru ini tidak mencerminkan pencapaian sebenar pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya sertai Najib dan Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun ini, tetapi bolehkah PM dan TPM jelaskan perbezaan besar antara keputusan PMR tahun ini dengan TIMSS 2011 dan Pisa 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa?

“… menyentuh hal ini, saya hairan mengapa perdana menteri dan timbalan perdana menteri masih membisu tentang keputusan ujian TIMSS 2011 dan PISA 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa.

“Oleh itu, mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat perbezaan besar pada keputusan ujian PMR di peringkat tempatan berbanding keputusan ujian antarabangsa seperti TIMSS 2011 dan Pisa 2012,” katanya yang dipetik menerusi laman blog miliknya.

Keputusan PMR tahun ini, menunjukkan 30,988 atau 7.33 peratus dari 462,940 pelajar yang telah menduduki ujian PMR di seluruh negara yang telah mencapai gred A dalam semua subjek – peningkatan sebanyak 0.41 peratus atau 514 pelajar dari tahun lepas.

Sebanyak 7.33 peratus pelajar telah mendapat gred A dalam semua subjek PMR, bererti sistem pendidikan Malaysia telah menghasilkan lebih dari tujuh peratus pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa yang setanding dengan rakan-rakan sebaya mereka di negara lain.

Walau bagaimanapun, keadaan ini dapat dilihat  pada keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2012.

“TIMSS 2011 menunjukkan hanya dua peratus daripada pelajar Malaysia yang ikut serta dalam ujian itu berjaya mencatatkan gred tinggi “Advanced International Benchmark” dalam ujian matematik berbanding 49 peratus pelajar Taiwan, 48 peratus pelajar Singapura, 47 peratus pelajar Korea Selatan, 34 peratus pelajar Hong Kong, 27 peratus pelajar Jepun dan 14 peratus pelajar Russia.

“… lebih menggusarkan, keputusan ujian antarabangsa itu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia terus-menerus merosot, terutamanya sejak satu setengah dekad yang lalu memandangkan jumlah pelajar yang mencapai “Advanced International Benchmark” TIMSS dalam ujian matematik telah merosot dengan banyak dari 10 peratus pada tahun 1999 ke 2 peratus pada tahun 2011, sedangkan peratusan pelajar-pelajar cemerlang dari negara di tangga atas TIMSS semakin meningkat, misalnya peratus pelajar cemerlang Taiwan meningkat dari 37 peratus pada tahun 1999 ke 49 peratus pada tahun 2011; Singapura dari 42 peratus ke 48 peratus; Korea Selatan dari 32 peratus ke 47 peratus dan Hong Kong dari 28 peratus ke 34 peratus.

“… manakala dalam Pisa 2012, hanya 1.3 peratus pelajar Malaysia tergolong sebagai “pelajar cemerlang” dalam matematik (iaitu mencapai Tahap 5 atau 6) berbanding Shanghai-China (55.4 peratus), Singapura (40 peratus), Taiwan (37.2 peratus), Hong Kong (33.7 peratus) dan Korea Selatan (30.9 peratus). Sekitar 15 petarus hingga 25 peratus pelajar Belgium, Kanada, Finland, Jerman, Jepun, Liechtenstein, Macao, Netherlands, New Zealand, Poland, dan Switzerland adalah pelajar cemerlang.

“Selain itu, pencapaian 5 peratus pelajar terbaik Malaysia hanya setaraf pelajar biasa dari Korea dan Jepun.

“Lebih membimbangkan, lebih separuh pelajar Malaysia (51.8 peratus) tidak mencapai tahap keupayaan asas dalam Matematik (iaitu di bahawa Tahap 2),” jelas Kit Siang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s