Tinggal sekolah tiga bulan – Sinar Harian


Tinggal sekolah tiga bulan
NORADILA MAHAMAD
20 Disember 2013
  • Tinggal sekolah tiga bulanSyazwan (kanan) bersama dua sahabat karibnya, Muhammad Adib Hakimi (tengah) dan Umar Mukhlis Jailani berkongsi kegembiraan ketika menerima keputusan PMR, semalam.
< 1 / 1 >

HULU TERENGGANU – Biarpun tiga bulan tidak hadir ke sekolah kerana mengikuti perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di seluruh Malaysia, tidak menjadi halangan kepada anak yatim, Syazwan Syauqi Mutufarudin, 15, untuk mendapat semua A dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumum semalam.

Pelajar dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang itu tekad untuk mengejar kecemerlangan biarpun tertinggal jauh dalam pelajaran selama tiga bulan, demi mahu mengubah nasib keluarga.

“Setelah tamat perkhemahan, saya banyak bertanya kepada rakan-rakan semua pelajaran yang tertinggal dan sekiranya tidak faham, baharu bertanya pula kepada cikgu.

“Selain itu, memandangkan saya anak sulung, ditambah pula, ibu, Rohaiyu Wahab, 37, tidak bekerja kerana jaga adik bongsu berusia 6 tahun, dan hanya bergantung kepada duit pencen arwah ayah sebanyak RM600 sebulan, saya nekad mahu berjaya dalam pelajaran supaya suatu hari nanti dapat jaga keluarga dengan baik,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui, sering menggunakan masa sebaik mungkin untuk belajar.

“Saya selalu belajar secara berkumpulan kerana dengan cara ini banyak ilmu dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tinggal di asrama, di sini,” katanya.

Syazwan yang kehilangan bapa sejak enam tahun lalu, menganggap dirinya sebagai ketua keluarga dan mahu mencipta kejayaan demi mencapai cita-cita sebagai seorang pakar bedah suatu hari nanti.

Semalam, ketika keputusan diumumkan, Syazwan hanya dapat berkongsi kegembiraan itu bersama guru dan rakan-rakan, memandangkan ibunya tidak dapat hadir kerana terpaksa menjaga adik bongsu di rumahnya di Kuala Berang.

Syazwan merupakan antara 33 pelajar yang mendapat semua A dalam PMR 2013 di SM Imtiaz Kuala Berang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s