Tutup suara sumbang – Metro


Tutup suara sumbang

Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Dia beberapa kali bertukar sekolah kerana tidak tahan diejek robot berikutan memakai penyokong besi pada satu kakinya, namun semua kenangan pahit itu lenyap dengan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang diumumkan, semalam.

Nur Aliyah Fatihah Hassan, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Bukit Jelutong, di sini, tersenyum puas dan bangga bersama ibunya, Balkish Mohd Osman, 45, selepas mendapat A dalam semua lapan mata pelajaran diambilnya.

Dia disahkan menghidap penyakit tulang belakang sejak lahir yang memberi implikasi kepada sistem buah pinggangnya menyebabkan dia tidak dapat mengawal pembuangan air kecil.

Nur Aliyah berkata, dia terpaksa menggunakan tiub untuk menyalurkan air kencingnya ke dalam beg plastik sepanjang masa.

FotoNUR Aliyah menerima ciuman daripada ibunya ketika berkongsi kegembiraan memperoleh keputusan cemerlang, semalam.

“Setiap hari saya pastikan tiba awal di sekolah bagi mengelak diejek rakan yang lain. Siapa tidak sedih kalau diejek kaki robot, tetapi saya tidak berputus asa.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s