Isu PBS: Beri kementerian tempoh setahun – Sinar Harian


Isu PBS: Beri kementerian tempoh setahun
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013

PUTRAJAYA – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini meminta guru memberi tempoh setahun lagi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Presiden SGMM, Norizzat Mohd Johari berkata demikian selepas selesai persidangan meja bulat yang berlangsung antara NGO itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.

Beliau berkata, KPM telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkaitan proses pelaksanaan dasar tersebut yang memberi bebanan kepada tenaga pengajar.

“Kita adakan perbincangan tadi dengan KPM, kita telah temu titik persefahaman mengenai perkara tersebut.

“Ini bukan dasar yang tak bagus, tapi masalah kecairan maklumat yang berlaku, ia tak sampai atau salah faham dari segi penyampaian maklumat.

“Kita tahu PBS memang bebankan guru setelah tiga tahun masih mempunyai kelemahan, namun kita perlu bagi tempoh satu tahun lagi kepada kerajaan untuk menambahbaik dasar yang sedia ada,” katanya pada sidang media di pekarangan lobi KPM.

Mengulas lanjut, Norizzat berharap, persefahaman yang dicapai dapat menyelesaikan isu yang membelenggu guru-guru di Malaysia.

“Tujuan utama perbincangan ini kita nak cari penyelesaian. Cuba cari titik persefahaman untuk kurangkan beban tugas guru sekali gus membantu pelajar yang nak menghadapi  Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR), tahun depan.

“Kita harap akan ada perbincangan lebih lanjut untuk selesaikan isu berbangkit melibatkan sistem pendidikan kita,” katanya Norizzat.

Tambahnya, melalui perbincangan meja bulat itu juga membuka ruang kepada guru-gur untuk menzahirkan pandangan mahupun idea mereka bersabit dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kementerian.

“Kita telah menemui titik pertemuan, kita bertemu dengan kementerian hari ini, Alhamdulillah kita telah dapat membuka tembok halangan kepada guru untuk memberi pandangan atau mengkritik dasar KPM yang membebankan.

“Masalah dengan berkaitan pelaksanaan itu sendiri, sebenarnya perkara itu mudah, bukan saya berpihak kepada KPM atau goyang dengan pendirian kami, tapi benda ini mudah dan sedikit masalah komunikasi, dan diakui oleh kementerian.

“Pegawai-pegawai mereka sendiri akan berhubung dengan kita dan kita akan menjadi ‘platform’ untuk memberi cadangan atau pandangan secara berhemah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s