PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik – Sinar Harian


PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013
  • Norizzat Mohd JohariNorizzat Mohd Johari
< 1 / 1 >
PUTRAJAYA – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.
“… ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
“… dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
“Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini,” katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s