Pendidikan khas bantu tingkat potensi pelajar – Bernama


Pendidikan khas bantu tingkat potensi pelajar
6 Januari 2014
  • Mary Yap Kain ChingMary Yap Kain Ching
< 1 / 1 >

TAWAU – Kelas Pendidikan Khas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung diyakini mampu mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Chin.

Beliau berkata, kelas itu yang bermula hari ini diwujudkan bagi menempatkan pelajar yang memerlukan perhatian khusus mengenai tahap perkembangan pembelajaran di sekolah.

“Ia juga bertujuan untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

“Ia juga penting untuk melahirkan insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara,” katanya selepas merasmikan Kelas Pendidikan Khas SMK Balung dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya kelas itu pelajar dapat mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna selain mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Pengetua SMK Balung Matnoor Sima berkata pelajar yang mengikuti kelas itu termasuk mereka yang lemah dari segi pembelajaran dan hiperaktif iaitu kanak-kanak yang aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat.

“Sebelum ini Kelas Pendidikan Khas seumpama itu telah diwujudkan di SMK Kuhara dan disebabkan ia terletak jauh dari kawasan Balung, Jabatan Pelajaran Sabah telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas seperti itu di sini atas keperluan pelajar yang berkenaan,” katanya. – Bernama

Banjir: Enam sekolah di Sarawak masih ditutup – Bernama


Banjir: Enam sekolah di Sarawak masih ditutup
6 Januari 2014
  • banjirGambar hiasan
< 1 / 1 >

KUCHING – Sebanyak enam buah sekolah di Sarawak masih ditutup akibat banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Fatimah Abdullah.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pegaging Subis, Miri; SK Kampung Klid/Plajau, Dalat; SK Nanga Nirok, Kanowit; SK Nanga Bon, SK Ulu Sungai Sengan dan SK Sungai Salim, Sibu.

“Sekolah-sekolah tersebut perlu ditutup sementara sehingga Jabatan Pendidikan memaklumkan untuk dibuka semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif 2014 dan ‘Business Matching’ peringkat negeri, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata semua murid yang terjejas akan diwajib mengikuti persekolahan ganti apabila sekolah kembali dibuka. – Bernama

PINDAAN KEPADA LAMPIRAN SURAT SIARAN KPM BILANGAN 24 TAHUN 2013 : PENGGAL PERSEKOLAHAN, CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI TAHUN 2014 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 25 TAHUN 2013

Kategori Surat Siaran
Bil 25
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail PINDAAN KEPADA LAMPIRAN SURAT SIARAN KPM BILANGAN 24 TAHUN 2013 : PENGGAL PERSEKOLAHAN, CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI TAHUN 2014 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
Tarikh 31 December 2013

PINDAAN TARIKH MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PINDAAN TARIKH MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

31 December 2013

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya PICC

Yang dijadualkan pada 9 Januari 2014 (Khamis) DIPINDA

PADA 10 JANUARI 2014 ( JUMAAT)

Pakaian: Lounge Suit/ Pejabat

PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) 2014


PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) 2014

02 January 2014

Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014
Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2014 kini telah dibuka. Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.

‘Dia paksa saya keluar malam’ – Metro


‘Dia paksa saya keluar malam’

Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: “Saya tak nak keluar, tetapi dia (teman lelaki) yang paksa keluar jalan-jalan malam minggu. Itu antara ‘alasan’ seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila ditahan bersama teman lelakinya yang juga masih bersekolah di tingkatan tiga oleh anggota polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Dataran Shah Alam, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan polis selepas motosikal dinaiki bersama teman lelakinya merempuh pagar besi yang dipasang polis dalam sekatan jalan raya berkenaan.
Ini kerana remaja lelaki terbabit panik selepas menyedari tidak memiliki lesen memandu.

 

Mereka kemudian ditahan manakala motosikal dinaiki pula disita.
Remaja perempuan yang menetap di Sungai Buloh itu mendakwa, ini adalah kali ketiga dia mengikuti teman lelakinya ke Shah Alam pada malam minggu kerana ingin bersiar-siar memandangkan tidak bersekolah pada hari Ahad.
“Setiap kali hendak keluar, saya memaklumkan kepada ibu dengan alasan hanya keluar bersiar-siar bersama kawan bukannya dengan teman lelaki dan ibu tidak menghalang dengan syarat tidak boleh pulang lewat malam.

 

FotoSEORANG penunggang motosikal terjatuh dilanggar rakan selepas cuba lari dari sekatan polis, semalam.

“Saya tahu dia (teman lelaki) tidak memiliki lesen, tetapi tidak sangka akan ditahan polis kerana sebelum ini tiada apa-apa (tidak ditahan polis),” katanya.
Ops Bersepadu yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu diadakan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Masjid dan Dataran Shah Alam.

 

Dalam sekatan berasingan di Persiaran Masjid pula, seorang lelaki berusia 20-an dilanggar rakan sendiri sebaik terbabas ketika cuba melarikan diri dengan melawan arus selepas menyedari dikepung polis.
Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa rakannya cuba mengelakkan diri daripada ditahan, tetapi berlaku perlanggaran antara mereka sebelum dia terjatuh selepas dilanggar rakannya yang gagal mengelak dan akhirnya ditahan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, dalam operasi bermula jam 12 malam dan berakhir enam jam kemudian, 139 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 53 motosikal disita.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 200 motosikal yang disita, kami mendapati pemiliknya melakukan pelbagai kesalahan antaranya cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai ekzos.
“Daripada jumlah itu, seramai 34 remaja bawah umur ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah di mana ibu bapa, penjaga atau pemilik boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06