Pendidikan khas bantu tingkat potensi pelajar – Bernama


Pendidikan khas bantu tingkat potensi pelajar
6 Januari 2014
  • Mary Yap Kain ChingMary Yap Kain Ching
< 1 / 1 >

TAWAU – Kelas Pendidikan Khas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung diyakini mampu mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Chin.

Beliau berkata, kelas itu yang bermula hari ini diwujudkan bagi menempatkan pelajar yang memerlukan perhatian khusus mengenai tahap perkembangan pembelajaran di sekolah.

“Ia juga bertujuan untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

“Ia juga penting untuk melahirkan insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara,” katanya selepas merasmikan Kelas Pendidikan Khas SMK Balung dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya kelas itu pelajar dapat mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna selain mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Pengetua SMK Balung Matnoor Sima berkata pelajar yang mengikuti kelas itu termasuk mereka yang lemah dari segi pembelajaran dan hiperaktif iaitu kanak-kanak yang aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat.

“Sebelum ini Kelas Pendidikan Khas seumpama itu telah diwujudkan di SMK Kuhara dan disebabkan ia terletak jauh dari kawasan Balung, Jabatan Pelajaran Sabah telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas seperti itu di sini atas keperluan pelajar yang berkenaan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s