Kemasukan Prestasi Murid ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) – NUTP


Kemasukan Prestasi Murid ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Tarikh Berita/News Date:
03/01/2014

Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari – Sinar Harian


Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
  • Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehariIbu bapa akan terbeban sekiranya makanan di kantin sekolah dijual dengan harga mahal.
< 1 / 1 >

KUALA NERUS – Ibu bapa terpaksa memperuntukkan antara RM4 dan RM5 sehari sebagai wang saku anak yang bersekolah di sekolah rendah kerana harga makanan di kantin sekolah agak mahal berikutan kenaikan harga barang.

Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50.

Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga  50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas.

Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah.

“Tahun lepas saya bagi wang saku sebanyak RM3 sahaja tetapi apabila tahu harga sepinggan nasi dan lauk dijual pada RM2, saya tambah wang belanja anak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hishamuddin, dia dimaklumkan anaknya bahawa harga sepinggan nasi memang RM2 sejak tahun lepas.

Namun, dia tetap menambah wang belanja anaknya memandangkan ada kala dia dan isteri lambat menjemput anaknya dari sekolah.

“Isteri saya juga bekerja dan dia memang tak sempat menyediakan bekal kepada anak kami,” katanya.

Katanya, pihak yang berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah.

“Jika sekarang harga yang dijual sudah mencapai tahap agak mahal, kita bimbang pada masa akan datang kenaikan berlaku tidak dapat dibendung lagi.

“Tambahan pula kini, harga pelbagai barangan meningkat dan ini akan mempengaruhi harga makanan yang dijual,” katanya.

Kata Hishamuddin, ibu bapa yang mempunyai ramai anak tentunya akan berasa terbeban dengan keadaan ini.

Dirogol ketika cuti sekolah – Sinar Harian


Dirogol ketika cuti sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
  • Mizan Md DomMizan Md Dom
< 1 / 1 >

REMBAU – Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.

Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pelajar dibebas dengan jaminan polis – Sinar Harian


Pelajar dibebas dengan jaminan polis
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
  • Pelajar dibebas dengan jaminan polisLaporan Sinar Harian 4 Januari lalu.
< 1 / 1 >

KANGAR – Pelajar tingkatan lima yang dituduh mencederakan seorang guru lelaki menggunakan kerambit pada hari pertama persekolahan dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata, suspek dibebaskan selepas tahanan reman terhadapnya tamat setelah empat hari disoal siasat polis sejak Jumaat lalu.

“Bagaimanapun suspek akan dituduh di mahkamah tidak lama lagi selepas selesai laporan perubatan guru terbabit oleh pihak hospital.

“Suspek tidak dituduh hari ini kerana pihak polis perlu menunggu laporan berkenaan selain laporan lengkap dari pihak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan lanjut mengenai kes pelajar itu, di IPK Perlis, semalam.

Suspek yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis ditahan di rumahnya di Kuala Perlis pada kira-kira pukul 1 pagi (Jumaat) selepas enggan menyerah diri selepas kejadian.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Dalam kejadian pukul 7 pagi Khamis lepas, pelajar terbabit dikatakan marah selepas guru berkenaan yang memeriksa pintu masuk sekolah menegurnya kerana menggayakan rambut ala ‘punk’ dan mewarnakan rambut.

Selepas ditegur, pelajar itu pulang ke rumah dan datang semula ke sekolah dengan ibunya untuk bertemu dengan guru tersebut sehingga berlaku satu pertengkaran.

Pelajar itu bertindak menyerang guru berkenaan menggunakan kerambit sehingga mengakibatkan kecederaan di bawah mata kanannya dan terpaksa diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

Bawa anak curi besi buruk – Sinar Harian


Bawa anak curi besi buruk
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
 
 
  • Bawa anak curi besi burukAnggota polis menunjukkan besi yang dicuri oleh suspek di IPD Segamat, semalam.
< 1 / 1 >

SEGAMAT – Seorang bapa bersama dua anak lelaki ditahan polis ketika sedang memunggah batang besi pembinaan ke dalam keretanya di Bandar Putra, di sini, dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek berusia 50-an itu turut mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes curi barangan lusuh di sekitar daerah ini pada awal tahun lalu.

“Suspek dan dua anaknya itu ditahan dua anggota dari unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang ketika itu sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pembinaan bangunan komersial kira-kira jam 3.50 pagi kelmarin.

“Ketika rondaan, dua anggota tersebut terlihat seorang lelaki berusia 52 tahun dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah batang besi untuk pembinaan sebuah bangunan komersial ke tempat duduk belakang kereta Nissan Sunny,” katanya, semalam.

Mohd Kamil berkata, anggotanya kemudian terlihat dua remaja berusia 13 dan 15 tahun sedang tidur di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu dan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Katanya, anak suspek yang berusia 13 tahun itu juga tidur di atas beberapa batang besi yang dimuatkan ke dalam kereta Nissan Sunny milik bapanya itu dan mereka merupakan pelajar sekolah di sekitar daerah ini.

“Kesemua 55 besi pembinaan itu dianggarkan bernilai RM5,000 yang dipercayai akan dijual kepada pembeli barangan lusuh dan terpakai di sekitar daerah ini.

“Saya menyeru agar orang awam dan peniaga barangan lusuh tidak mengambil kesempatan bersubahat dengan penjenayah seperti ini dan segera menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Suspek ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dapat ke sekolah pada usia 13 tahun – Sinar Harian


Dapat ke sekolah pada usia 13 tahun
NOR AZURA MD AMIN
7 Januari 2014
  • Dapat ke sekolah pada usia 13 tahunZahrul menerima sumbangan dari Suhami (dua, kanan). Turut serta, Rohaidda.
< 1 / 1 >

PONTIAN – Biarpun hanya berpeluang belajar di sekolah agama pada sesi sebelah petang, ia sudah cukup menggembirakan Zahrul Nizam Abdullah, 13, yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sebelum ini.

Dia kini tinggal bersama datuknya, Salehin Jaafar, 64, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan ibu saudaranya, Rohaidda Salehin, 19, di Kampung Rimba Terjun.

Menurut Rohaidda, ibu kandung Zahrul melarikan diri ketika dia berusia tujuh bulan sementara bapanya sehingga kini tidak dapat dikesan.

“Saya gembira ramai pihak bantu Zahrul ke sekolah, malah pakaian, beg dan kasut sekolah turut diberikan.

“Zahrul cukup gembira ke sekolah walaupun buat permulaan ini hanya ke sekolah agama,” katanya yang kini sedang menuntut di Kolej Instedt Bandar Penawar Kota Tinggi.

Mereka ditemui sempena lawatan Adun Kukup, Suhaimi Salleh bersama Majlis Agama Islam Johor (Maij), Majlis Daerah Pontian ( MDP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah keluarga terbabit, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Suhaimi menggesa orang ramai peka dengan keadaan setempat bagi mengelak terdapat murid atau pelajar keciciran tidak bersekolah di sesuatu tempat.

Katanya, faktor kemiskinan dan masalah keluarga antara punca yang dikenal pasti menyebabkan murid dan pelajar tidak ke sekolah.

“Kita bersyukur dapat membantu pelajar keciciran, maklumat yang diperoleh oleh Ketua Kampung berhubung masalah pelajar ini telah disalurkan kepada agensi kerajaan terlibat bagi tindakan susulan.

“Malah, pelajar juga akan dibantu agar dapat ke sekolah menengah seperti  rakan sebaya dengannya,” katanya.

Penjawat awam penting jayakan agenda transformasi – KSN – Bernama


Penjawat awam penting jayakan agenda transformasi – KSN

2014/01/07 – 16:10:16 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Penjawat awam diminta agar sentiasa melakukanpenambahbaikan dalam perancangan, pelaksanaan dasar dan prosedur kerja untuk meraih kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ia antara factor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap penjawat awam dalam menjayakan agenda transformasi negara.

“Setiap penjawat awam telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjadi perintis dan ejen perubahan bagi memajukan negara ini.

“Perkhidmatan awam kini terdedah kepada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi bila berhadapan dengan persepsi bahawa masih berlaku kerenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti,” katanya pada majlis penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Pengarah Intan, Datuk Dr Halim Man.

Sebanyak 735 orang menerima DPA selepas menjalani pengajian di Kampus Utama Intan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Kampus Intan Wilayah Selatan di Kluang, Johor dan di Kampus Intas Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu.

Ali berkata penjawat awam berperanan penting dalam mengubah tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap perkhidmatan awam dengan menunaikan janji kerajaan kepada rakyat menerusi pemberian perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti.
“Perkhidmatan awam adalah tonggak pentadbiran negara dan kesemua penjawat awam kini gigih melakukan yang terbaik dalam tugasan masing-masing dalam menjayakan agenda transformasi negara,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa penjawat awam harus memegang kuat prinsip taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah.

“Sebagai penjawat awam, kita mereka sentiasa menjaga nama baik dan imej perkhidmatan dari segi kelakuan dan percakapan, melaksanakan tugas dengan sifat amanah dan integriti yang bukan sekadar menghindari daripada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi membabitkan pengurusan masa, memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi,” katanya.

Pada majlis penganugerahan itu 18 peserta memenangi anugerah peserta terbaik DPA bagi kategori Anugerah Khas Perdana Menteri (Keseluruhan Terbaik), Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik), Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Akademik Terbaik), Anugerah Khas Pengarah Intan (Pembinaan Sahsiah Terbaik) dan Anugerah Khas Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). – BERNAMA

Wanita disyaki dera anak tiri dengan dilumur cili padi ditahan – Bernama


Wanita disyaki dera anak tiri dengan dilumur cili padi ditahan

2014/01/07 – 16:38:22 PMCetakEmel Kawan
KAJANG: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih, dekat sini, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata wanita itu ditahanpada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibusaudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yangdipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

100 guru AS bantu pembelajaran BI – Bernama


100 guru AS bantu pembelajaran BI
6 Januari 2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri.

Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA ini akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100, menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan program itu terus berkembang, persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia.

Menurutnya objektif program itu untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat AS dan rakyat lain di seluruh dunia.

Selain kerja kelas mereka, ETA menganjurkan aktiviti luar kurikulum yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris (BI) selain mereka juga dapat memahami dengan lebih mendalam budaya Malaysia apabila tinggal dan bekerja di enam negeri berkenaan.

Yun berkata, AS menyediakan sokongan teknikal kepada ETA menerusi lawatan oleh pakar BI yang juga membantu melatih guru di Malaysia dan memberi nasihat mengenai kurikulum.

ETA akan membawa bahan-bahan pengajaran terkini yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS. – Bernama

Gadis ‘curang’ kena belasah – Metro


Gadis ‘curang’ kena belasah

Tawau: Seorang gadis berusia 13 tahun bukan saja tidak dapat berkahwin, malah turut dipukul kerana dituduh berlaku curang oleh ahli keluarga teman lelakinya, Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa dikatakan sepatutnya berkahwin dengan teman lelakinya berusia 18 tahun pada hari berkenaan, namun ahli keluarga lelaki terbabit dikatakan enggan bersetuju selepas mendakwa gadis terbabit curang.
Katanya, teman lelaki mangsa dikatakan merogol mangsa tanpa persetujuannya sebanyak dua kali pada Januari dan Mac, tahun lalu, di kawasan rumah pekerja di Jalan Kalabakan, dekat sini.

 

“Mangsa mendakwa dirogol kali pertama oleh suspek di sebuah bilik rumah pekerja di Jalan Kalabakan kira-kira jam 8 pagi, Januari tahun lalu. Dia kemudian mendakwa dirogol kali kedua kira-kira jam 11 pagi, Mac tahun lalu,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07