100 guru AS bantu pembelajaran BI – Bernama


100 guru AS bantu pembelajaran BI
6 Januari 2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri.

Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA ini akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100, menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan program itu terus berkembang, persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia.

Menurutnya objektif program itu untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat AS dan rakyat lain di seluruh dunia.

Selain kerja kelas mereka, ETA menganjurkan aktiviti luar kurikulum yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris (BI) selain mereka juga dapat memahami dengan lebih mendalam budaya Malaysia apabila tinggal dan bekerja di enam negeri berkenaan.

Yun berkata, AS menyediakan sokongan teknikal kepada ETA menerusi lawatan oleh pakar BI yang juga membantu melatih guru di Malaysia dan memberi nasihat mengenai kurikulum.

ETA akan membawa bahan-bahan pengajaran terkini yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s