Bawa anak curi besi buruk – Sinar Harian


Bawa anak curi besi buruk
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
 
 
  • Bawa anak curi besi burukAnggota polis menunjukkan besi yang dicuri oleh suspek di IPD Segamat, semalam.
< 1 / 1 >

SEGAMAT – Seorang bapa bersama dua anak lelaki ditahan polis ketika sedang memunggah batang besi pembinaan ke dalam keretanya di Bandar Putra, di sini, dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek berusia 50-an itu turut mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes curi barangan lusuh di sekitar daerah ini pada awal tahun lalu.

“Suspek dan dua anaknya itu ditahan dua anggota dari unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang ketika itu sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pembinaan bangunan komersial kira-kira jam 3.50 pagi kelmarin.

“Ketika rondaan, dua anggota tersebut terlihat seorang lelaki berusia 52 tahun dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah batang besi untuk pembinaan sebuah bangunan komersial ke tempat duduk belakang kereta Nissan Sunny,” katanya, semalam.

Mohd Kamil berkata, anggotanya kemudian terlihat dua remaja berusia 13 dan 15 tahun sedang tidur di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu dan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Katanya, anak suspek yang berusia 13 tahun itu juga tidur di atas beberapa batang besi yang dimuatkan ke dalam kereta Nissan Sunny milik bapanya itu dan mereka merupakan pelajar sekolah di sekitar daerah ini.

“Kesemua 55 besi pembinaan itu dianggarkan bernilai RM5,000 yang dipercayai akan dijual kepada pembeli barangan lusuh dan terpakai di sekitar daerah ini.

“Saya menyeru agar orang awam dan peniaga barangan lusuh tidak mengambil kesempatan bersubahat dengan penjenayah seperti ini dan segera menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Suspek ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s