Meja khas untuk Nur Damia – Metro


Meja khas untuk Nur Damia

Kuala Berang: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenal pasti keperluan serta kemudahan diperlukan pelajar istimewa Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, bagi memudahkan pergerakan seharian pelajar tahun satu itu di sekolah dan rumah.

Timbalan Pengarah JKNT (Perubatan) Dr Mohammad Omar berkata, pihaknya meneliti keperluan diperlukan kanak-kanak berkenaan dan akan mencipta peralatan itu secepat mungkin untuk kegunaannya.
“Dalam pemerhatian kami, Nur Damia Irsalina memerlukan satu meja khas untuk memudahkannya menulis tanpa dia perlu berbaring.

 

“Meja ini akan cuba disiapkan dalam tempoh terdekat selain kerusi sedia ada perlu dipertingkatkan untuk kemudahan jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui selepas melawat Nur Damia Irsalina di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Jabatan Pakar Perubatan Pemulihan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Dr Nor Aida Musa.
Dr Mohammad berkata, kerajaan negeri bersetuju membantu menyediakan apa saja keperluan dan kemudahan diperlukan pelajar berkenaan.

 

“Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kami untuk bekerjasama dengan semua pihak terutama pihak sekolah dalam menyediakan keperluan pelajar ini.
“Sepanjang lawatan di SKKT kami berpuas hati dengan kemudahan disediakan pihak sekolah untuk kanak-kanak istimewa ini.

 

“Elemen keselamatan banyak dipertingkatkan termasuk menyediakan penghadang longkang serta laluan mudah untuk ke kelas dan kantin,” katanya.
Sementara itu ibunya, Rosnaini Mohamad, 36, dari Kampung Telemong, dekat sini, berpuas hati dengan layanan guru dan kemudahan disediakan pihak sekolah.
“Selama empat hari bersekolah Nur Damia Irsalina cepat belajar dan semakin selesa dengan persekitaran sekolah. Malah, dia seperti biasa bersemangat serta bangun awal pagi untuk ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, kunjungan dan keprihatinan JKNT sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan kemudahan anaknya ke sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s