Penjawat awam penting jayakan agenda transformasi – KSN – Bernama


Penjawat awam penting jayakan agenda transformasi – KSN

2014/01/07 – 16:10:16 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Penjawat awam diminta agar sentiasa melakukanpenambahbaikan dalam perancangan, pelaksanaan dasar dan prosedur kerja untuk meraih kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ia antara factor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap penjawat awam dalam menjayakan agenda transformasi negara.

“Setiap penjawat awam telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjadi perintis dan ejen perubahan bagi memajukan negara ini.

“Perkhidmatan awam kini terdedah kepada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi bila berhadapan dengan persepsi bahawa masih berlaku kerenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti,” katanya pada majlis penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Pengarah Intan, Datuk Dr Halim Man.

Sebanyak 735 orang menerima DPA selepas menjalani pengajian di Kampus Utama Intan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Kampus Intan Wilayah Selatan di Kluang, Johor dan di Kampus Intas Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu.

Ali berkata penjawat awam berperanan penting dalam mengubah tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap perkhidmatan awam dengan menunaikan janji kerajaan kepada rakyat menerusi pemberian perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti.
“Perkhidmatan awam adalah tonggak pentadbiran negara dan kesemua penjawat awam kini gigih melakukan yang terbaik dalam tugasan masing-masing dalam menjayakan agenda transformasi negara,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa penjawat awam harus memegang kuat prinsip taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah.

“Sebagai penjawat awam, kita mereka sentiasa menjaga nama baik dan imej perkhidmatan dari segi kelakuan dan percakapan, melaksanakan tugas dengan sifat amanah dan integriti yang bukan sekadar menghindari daripada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi membabitkan pengurusan masa, memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi,” katanya.

Pada majlis penganugerahan itu 18 peserta memenangi anugerah peserta terbaik DPA bagi kategori Anugerah Khas Perdana Menteri (Keseluruhan Terbaik), Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik), Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Akademik Terbaik), Anugerah Khas Pengarah Intan (Pembinaan Sahsiah Terbaik) dan Anugerah Khas Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s