Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari – Sinar Harian


Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2014
  • Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehariIbu bapa akan terbeban sekiranya makanan di kantin sekolah dijual dengan harga mahal.
< 1 / 1 >

KUALA NERUS – Ibu bapa terpaksa memperuntukkan antara RM4 dan RM5 sehari sebagai wang saku anak yang bersekolah di sekolah rendah kerana harga makanan di kantin sekolah agak mahal berikutan kenaikan harga barang.

Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50.

Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga  50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas.

Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah.

“Tahun lepas saya bagi wang saku sebanyak RM3 sahaja tetapi apabila tahu harga sepinggan nasi dan lauk dijual pada RM2, saya tambah wang belanja anak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hishamuddin, dia dimaklumkan anaknya bahawa harga sepinggan nasi memang RM2 sejak tahun lepas.

Namun, dia tetap menambah wang belanja anaknya memandangkan ada kala dia dan isteri lambat menjemput anaknya dari sekolah.

“Isteri saya juga bekerja dan dia memang tak sempat menyediakan bekal kepada anak kami,” katanya.

Katanya, pihak yang berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah.

“Jika sekarang harga yang dijual sudah mencapai tahap agak mahal, kita bimbang pada masa akan datang kenaikan berlaku tidak dapat dibendung lagi.

“Tambahan pula kini, harga pelbagai barangan meningkat dan ini akan mempengaruhi harga makanan yang dijual,” katanya.

Kata Hishamuddin, ibu bapa yang mempunyai ramai anak tentunya akan berasa terbeban dengan keadaan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s