Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal harga – Sinar Harian


Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal harga
NURUL AINI MOHAMED ALI
8 Januari 2014
  • Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal hargaMurid sekolah rendah sedang menikmati makanan masing-masing ketika waktu rehat.
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam masih mengekalkan harga makanan sejak tahun 2011 kerana mempunyai perjanjian dan tidak boleh menaikkan harga makanan sesuka hati.

Pengusaha kantin, Junaidi Jufri, 34, berkata harga makanan yang dijual tetap sama seperti tahun sebelumnya, walaupun terpaksa mengeluarkan modal agak tinggi.

“Saya membeli barangan basah setiap hari dan terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk tahun ini. Tahun lalu, hanya guna modal RM1,200 dah boleh beli macam-macam barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam ke pasar. Tetapi untuk tahun ini, terpaksa bermodalkan RM1,500 sehari untuk membeli keperluan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Junaidi berkata, pihaknya hanya mengaut keuntungan sekitar 20 hingga 30 sen saja dari setiap makanan yang dijual berbanding modal.

“Saya tak nafikan terbeban dengan barangan keperluan yang semakin naik harga. Barang naik harga tapi kami sebagai pengusaha kantin tak boleh naikkan harga makanan sesuka hati kerana tertakluk kepada perjanjian dengan pihak sekolah,” katanya.

Junaidi menambah, keuntungan yang diperoleh setiap hari hanya mampu ditampung dengan jumlah murid di sekolah yang ramai membeli di kantin.

“Kalau nak dikira untung yang kami dapat, berapa sangatlah.. Mujur budak-budak ramai membeli, jadi adalah untung sikit nak tampung modal hari-hari,” katanya.

Dia turut mengakui tidak sampai hati menjual dengan harga tinggi memandangkan murid sekolah tidak mampu dan hanya membawa wang sekitar RM3 sehari.

Dalam masa yang sama, kuantiti atau saiz makanan tidak pernah berkurangan kerana faham situasi kanak-kanak yang lapar menjelang waktu rehat di sekolah.

“Saya tidak harap banyak sangat nak turunkan harga barangan keperluan dan bahan basah, tetapi saya harap biarlah berpatutan dan tidak naik terlalu tinggi hingga kami pengusaha kantin ini terbeban.

“Kerajaan pun patut pantau terutama melibatkan barangan dalam harga kawalan, kerana mereka hanya tahu keluarkan arahan saja, yang rasa bebannya, rakyat biasa seperti kami,” tegasnya.
Senarai harga makanan di SK Seksyen 7, Shah Alam

1. Nasi goreng/mi goreng/bihun goreng (setiap hari) = RM1
2. Nasi ayam/nasi paprik nasi tomato (bergantung pada hari) = RM2
3. Mi bandung/mi soto/bihun sup/ = RM1
4. Sosej/nuget = RM 1
5. Roti telur = RM 1.30
6. Kuih muih = RM0.40
7. Roti dan sandwic = RM1 (bergantung pembekal)
8. Air tin biasa = RM1.50
9. Air tin milo = RM2
10. Air kotak biasa = RM1
11. Air kotak milo/ bersusu= RM 1.60

Tiga beradik yatim piatu cekal jalani kehidupan – Kosmo


Tiga beradik yatim piatu cekal jalani kehidupan

 

 

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

 

MOHD. NOOR (kanan) sedang melihat keadaan Ahmad Kashful Hadi di kediamannya di Kampung Hilir Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. Turut kelihatan Afifa (tiga dari kanan) dan Ahmad Athirul Hadi Khairi (dua dari kanan).

 

JITRA – Kehilangan empat ahli keluarga termasuk kedua-dua ibu bapa akibat kemalangan ngeri di ibu negara pada 30 Disember tahun lalu dalam sekelip mata mengubah kehidupan tiga adik-beradik yang kini hidup sebagai anak yatim piatu.

Tiga beradik tersebut iaitu Afifa Norhairy, 17, Ahmad Athirul Hadi Khairi, 13, dan Ahmad Kashful Hadi, 11, kini terpaksa menerima hakikat mereka terpaksa meneruskan kehidupan tanpa kedua-dua ibu bapa, Allahyarham Norhairy Ahmad, 42, dan Rohayati Osman, 42, yang maut dalam kemalangan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.