Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal harga – Sinar Harian


Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal harga
NURUL AINI MOHAMED ALI
8 Januari 2014
  • Pengusaha kantin sekolah terpaksa kekal hargaMurid sekolah rendah sedang menikmati makanan masing-masing ketika waktu rehat.
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam masih mengekalkan harga makanan sejak tahun 2011 kerana mempunyai perjanjian dan tidak boleh menaikkan harga makanan sesuka hati.

Pengusaha kantin, Junaidi Jufri, 34, berkata harga makanan yang dijual tetap sama seperti tahun sebelumnya, walaupun terpaksa mengeluarkan modal agak tinggi.

“Saya membeli barangan basah setiap hari dan terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk tahun ini. Tahun lalu, hanya guna modal RM1,200 dah boleh beli macam-macam barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam ke pasar. Tetapi untuk tahun ini, terpaksa bermodalkan RM1,500 sehari untuk membeli keperluan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Junaidi berkata, pihaknya hanya mengaut keuntungan sekitar 20 hingga 30 sen saja dari setiap makanan yang dijual berbanding modal.

“Saya tak nafikan terbeban dengan barangan keperluan yang semakin naik harga. Barang naik harga tapi kami sebagai pengusaha kantin tak boleh naikkan harga makanan sesuka hati kerana tertakluk kepada perjanjian dengan pihak sekolah,” katanya.

Junaidi menambah, keuntungan yang diperoleh setiap hari hanya mampu ditampung dengan jumlah murid di sekolah yang ramai membeli di kantin.

“Kalau nak dikira untung yang kami dapat, berapa sangatlah.. Mujur budak-budak ramai membeli, jadi adalah untung sikit nak tampung modal hari-hari,” katanya.

Dia turut mengakui tidak sampai hati menjual dengan harga tinggi memandangkan murid sekolah tidak mampu dan hanya membawa wang sekitar RM3 sehari.

Dalam masa yang sama, kuantiti atau saiz makanan tidak pernah berkurangan kerana faham situasi kanak-kanak yang lapar menjelang waktu rehat di sekolah.

“Saya tidak harap banyak sangat nak turunkan harga barangan keperluan dan bahan basah, tetapi saya harap biarlah berpatutan dan tidak naik terlalu tinggi hingga kami pengusaha kantin ini terbeban.

“Kerajaan pun patut pantau terutama melibatkan barangan dalam harga kawalan, kerana mereka hanya tahu keluarkan arahan saja, yang rasa bebannya, rakyat biasa seperti kami,” tegasnya.
Senarai harga makanan di SK Seksyen 7, Shah Alam

1. Nasi goreng/mi goreng/bihun goreng (setiap hari) = RM1
2. Nasi ayam/nasi paprik nasi tomato (bergantung pada hari) = RM2
3. Mi bandung/mi soto/bihun sup/ = RM1
4. Sosej/nuget = RM 1
5. Roti telur = RM 1.30
6. Kuih muih = RM0.40
7. Roti dan sandwic = RM1 (bergantung pembekal)
8. Air tin biasa = RM1.50
9. Air tin milo = RM2
10. Air kotak biasa = RM1
11. Air kotak milo/ bersusu= RM 1.60

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s