Telinga berdengung ditampar guru – Sinar Harian


Telinga berdengung ditampar guru
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON
11 Januari 2014
  • Telinga berdengung ditampar guruMad menunjukkan laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian berkenaan.
< 1 / 1 >

LABIS – Seorang bapa tidak berpuas hati atas tindakan seorang guru yang didakwa menampar anaknya dalam satu kejadian di kantin sekolah, kelmarin.

Terkilan dengan tindakan itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Mad, 47, membuat laporan di Balai Polis Labis.

Dakwanya, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari salah seorang guru di sekolah berkenaan yang juga rakannya kira-kira 11.45 pagi kelmarin yang memberitahu anaknya, berusia 11 tahun, ditampar sebanyak tiga kali ketika sedang makan di kantin.

“Selepas menerima SMS berkenaan, saya terus pergi ke sekolah anak saya dan berjumpa dengan guru besarnya bagi mendapatkan penjelasan. Namun malangnya, dia (guru besar) tidak dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Anak saya memberitahu ketika itu ramai lagi murid lain yang makan berdiri di kantin tersebut kerana kekurangan kerusi sebelum tiba-tiba dia ditampar tiga kali di pipi kiri dari belakang oleh guru tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dakwanya lagi, guru tersebut bukan sahaja menampar pipi anaknya malah mencubit murid lain kerana melakukan kesalahan sama selain guru berkenaan turut mencabar anaknya berlawan.

Mad turut membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Segamat serta melaporkan kejadian itu di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat.

“Saya tidak berpuas hati kerana guru tersebut bertindak melulu tanpa memberi ruang untuk anak saya menjelaskan keadaan sebenar.

“Saya bukan menangkan anak saya, tetapi hukuman terhadap murid biarlah berdasarkan kesalahan yang dilakukan dan mengikut peraturan yang ditetapkan bukannya mengikut perasaan,” katanya.

Menurutnya, akibat tamparan tersebut, mangsa murid tahun lima yang juga seorang pengawas di sekolah tersebut mengadu sakit di bahagian telinga kirinya dan berasa takut untuk ke sekolah.

Bapa mangsa juga berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan siasatan terperinci kerana perlakuan guru tersebut boleh memberi gambaran buruk terhadap masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Md Hasidin Zaibi  berkata, pihaknya akan mengarahkan PPD Segamat menjalankan siasatan lanjut dan jika didapati bersalah, guru tersebut akan dikenakan tindakan.

“Masalah ini boleh diselesaikan sekiranya masing-masing bermuafakat dan bertolak ansur,” katanya.

PBS: Kepincangan yang tak diendahkan – Sinar Harian


PBS: Kepincangan yang tak diendahkan
MOHD NOR IZZAT MOHD JOHARI
10 Januari 2014
  • SPPBSSPPBS
< 1 / 1 >
SEJAK diperkenalkan tiga tahun lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai masalah dalam pelaksanaan.

Kami sebagai pelaksana dapati terlalu banyak kelemahan dalam pelaksanaan dan banyak kepincangan daripada penggubal dasar.

Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai.

Malah suara dan pandangan para guru dan ibu bapa sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.

Di sini ialah 10 sebab UTAMA mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM – Kecairan maklumat.
KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan dilakukan.
KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi Dasar PBS ini sendiri yang menolak sistem peperiksaan.
KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.
KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.
KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada ‘Pilot Project’ atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.
KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.
KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, silibus wajib habiskan? Pertindanan.
KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.
KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.
KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.
Hari semakin suntuk dan sehingga kini guru masih tidak dapat apa-apa maklumat tetap berkaitan pelaksanaan PPMR seperti yang digembar-gemburkan.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja (Penaja)
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

‘Budak ajaib’ cekal – Metro


‘Budak ajaib’ cekal

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang separuh isi kulit dan daging kepalanya akibat diseret van sekolah sejauh hampir 100 meter kira-kira tiga tahun lalu, kini tersenyum girang apabila hasratnya menjejakkan kaki ke sekolah tercapai.

Tragedi yang hampir meragut nyawanya itu dianggap sukar dipercayai apabila kecederaan parah dialami mengakibatkan tempurung kepala mangsa tersembul, selain urat saraf di bahagian itu putus.

Namun kecederaan yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh, kini sudah sembuh apabila Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 7, mampu berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Dia yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Putra Bercham Khamis lalu, dilihat semakin sihat dan lincah seperti kanak-kanak seusianya.

FotoHAZIQ di samping ayah dan ibunya menatap keratan akhbar Harian Metro keluaran 21 Julai 2011.

Haziq berkata, penderitaan dialaminya akibat kemalangan itu memang sukar ditanggung hingga memakan masa hampir setahun.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11