Budak didera, JKM lapor polis – Sinar Harian


Budak didera, JKM lapor polis
NOR AINNA HAMZAH
12 Januari 2014
  • Budak didera, JKM lapor polisKesan kecederaan di bahagian lengan dan belakang badan kanak-kanak itu.
< 1 / 1 >

TAMPIN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Tampin membuat laporan polis berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dipercayai didera nenek angkatnya.

Dia dipercayai didera di rumah yang terletak di tanah rancangan di Gemencheh, dekat sini, sebelum diselamatkan pegawai JKM selepas menerima aduan penduduk setempat.

Budak itu dimasukkan ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan kesihatan. Dia dikatakan mempunyai banyak kesan luka dan lebam badan.

Menurut sumber, kanak-kanak malang itu ditinggalkan ibu angkatnya ketika berusia tujuh tahun selepas wanita itu dikatakan mempunyai masalah dengan suami.

Sejak itu katanya, kanak-kanak itu tinggal dengan nenek angkat berusia 50-an dan sering didera.

“Sejak itulah kanak-kanak itu sering dipukul neneknya dengan rotan dan kayu. Pada bahagian perut kanak-kanak itu juga terdapat kesan kecederaan seperti terkena seterika.

“Nenek itu, bagaimanapun, mendakwa dia  mahu mendidik kanak-kanak yang dalam darjah tiga itu supaya menjadi lebih berdisiplin.

“Penderaan itu dibawa ke pengetahuan JKM oleh penduduk,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.

Menurutnya,  polis menerima laporan daripada JKM mengenai  dakwaan itu kira-kira jam 7 petang kelmarin.

” JKM menghantar kanak-kanak itu ke Hospital Tampin untuk rawatan serta laporan perubatan. Sebaik menerima laporan berkenaan, kita akan membuka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s