Bapa runsing anak belum pulang – Sinar Harian


Bapa runsing anak belum pulang
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
13 Januari 2014
  • Bapa runsing anak belum pulangMohd Shukri merayu Amira Dania supaya pulang ke pangkuan keluarga. Gambar kecil: AmIra Dania.
< 1 / 1 >

TIKAM BATU – Seorang petani runsing memikirkan anak perempuan tunggal yang masih belum pulang ke rumah walaupun sesi persekolahan tahun 2014 telah bermula.

Shukri Mat, 47, dari Kampung Padang Binjal, Simpor Besar berkata, anak tunggal itu keluar rumah pada 13 Disember lalu sebelum persekolahan baru bermula dan tidak pulang sehingga sekarang.

Menurut Shukri, anaknya, Amira Dania Shukri, 17, bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini dan bimbang sekiranya masih belum pulang menyebabkan pembelajarannya terganggu.

“Saya sudah mencari di merata tempat mahupun bertanya kepada rakan-rakan terdekat termasuk saudara dan sepupu yang turut keluar mencarinya, namun masih belum ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Shukri, dia bimbang sekiranya anaknya terpengaruh dengan persekitaran tidak sihat atau terlibat dengan gejala tidak senonoh yang boleh merosakkan masa depan anaknya itu.

“Setiap malam saya keluar mencari dan menunggu di mana-mana sahaja lokasi yang dirasakan ada, tetapi sehingga kini masih belum menemui jejaknya,” katanya.

Menurutnya, ketika keluar rumah, anaknya memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jean, apabila ditanya mahu ke mana, dia menjawab mahu melawat kawan yang sedang menerima rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, sejak malam itu, dia tidak pulang ke rumah dan panggilan kepadanya juga terputus,” katanya.

Menurut Shukri, dia mengesyaki berlaku sesuatu yang luar biasa memandangkan anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah sejak hari kejadian.

Shukri berkata, tiada sebarang salah faham berlaku di rumah sebelum kejadian, malah, Amira Dania sempat memintanya menambah nilai kad pra bayar pada petang sebelum kejadian berkenaan.

“Memang menjadi kebiasaan saya menambah nilai kad pra bayar telefon bimbitnya setiap hari, namun dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu RM5 atau RM10,” katanya.

Dalam pada itu, dia ada mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional dan mengesahkan Amira masih berada di sekitar Sungai Petani menumpang di sebuah rumah bersama sebuah keluarga.

“Ada sekali sepupunya terjumpa di Karnival Jom Heboh, Amanjaya tetapi dalam keadaan bersesak-sesak, kenderaan yang mereka naiki tidak sempat untuk mengekorinya yang membonceng motosikal ketika itu.

“Sebaik sedar, dia sudah hilang dari pandangan,” katanya.

Mohd Shukri merayu sekiranya mana-mana pihak terjumpa dengan Amira Dania, boleh menghubunginya di talian 019-557 2983 atau 014-302 9352 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Laporan polis mengenai kehilangannya telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Rasuah: Guru besar dihukum penjara – Sinar Harian


Rasuah: Guru besar dihukum penjara
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
13 Januari 2014

SHAH ALAM- Guru Besar SK Kajang Utama, Kajang dihukum penjara 3 tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan, meminta serta memperoleh suapan RM3,000, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, M. Bakri Abdul Majid terhadap Abdul Samad Abdul Ghani, 50.

M. Bakri dalam penghakimannya berkata, pembelaan Abdul Samad adalah rekaan semata-mata supaya disesuaikan bagi menyatakan wang rasuah tersebut untuk sumbangan sekolah.

“Mahkamah tidak terima pembelaan tersebut berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuklah keterangan pakar yang mengesahkan terdapat pindaan pada borang permintaan sumbangan,”katanya.

Lelaki itu didakwa meminta dan memperoleh rasuah RM3,000 daripada pengusaha kantin, Zainun Hussain bagi menyambung kontrak kantin sekolah bagi sesi 2013.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di  SK Kajang Utama, Kajang, jam 11 pagi pada 8 dan 14 November 2011.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Mukhriz Mat Rus mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Peguam, Hazman Harun  yang mewakili anak guamnya memohon penangguhan hukuman penjara untuk memfailkan rayuan.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara dengan jaminan RM8,000.

15 sekolah di Pasir Mas ditutup akibat banjir – Bernama


15 sekolah di Pasir Mas ditutup akibat banjir

2014/01/13 – 14:33:12 PMCetakEmel Kawan
KOTA BHARU: Sebanyak 15 sekolah di jajahan Pasir Mas terpaksa ditutup hari ini akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2; SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.

Hussain berkata sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan.

Beliau berkata sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.

“Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula,” katanya dalam kenyataan di sini.

– BERNAMA

Murid Tahun 2 cedera di kepala digigit anak ular sawa – Berita Harian


Murid Tahun 2 cedera di kepala digigit anak ular sawa

2014/01/13 – 16:56:40 PMCetakEmel Kawan
PORT DICKSON: Seorang murid lelaki Tahun 2 cedera di kepala akibat digigit anak ular sawa sepanjang satu meter berhampiran pokok di depan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, jam 2 petang tadi.

Tujuh sekolah ditutup – Metro


Tujuh sekolah ditutup

Oleh Betty Subaryati

Kota Bharu: Lebih 5,000 murid dan pelajar di negeri itu terjejas selepas tujuh sekolah ditutup serta-merta semalam berikutan dilanda banjir dikaitkan dengan gelombang kedua sejak kelmarin.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Hussain Awang berkata, enam sekolah ditutup ialah di daerah Tanah Merah dan satu lagi di Pasir Mas.

Katanya, sekolah ditutup di Tanah Merah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tinggi, SK Panjang, SK Sokor, SK Ladang Kerilla, SK Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

“Manakala satu sekolah di PPD Pasir Mas yang turut diarahkan tutup ialah SK Kampung Rahmat berhampiran tebing Sungai Golok apabila air sungai melimpah ke darat berikutan paras air di Rantau Panjang naik 10.05 meter iaitu melebihi paras bahaya (sembilan meter) pada jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

FotoPELAJAR Sekolah Kebangsaan Seri Rantau Panjang 1 melalui titi untuk ke kelas yang dinaiki air.

Katanya, semua sekolah terbabit ditutup sehingga keadaan banjir pulih.
“Begitu juga dengan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang dilaporkan melimpah menyebabkan laluan masuk ke sekolah di Pasir Mas itu membahayakan murid.

“Saya meminta semua pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Tanah Merah dan Pasir Mas meneruskan pemantauan selain pegawai PPD di Tumpat kerana berdasarkan laporan air dari Sungai Golok di Rantau Panjang dan Pasir Mas kini mula turun ke kawasan Pengkalan Kubor yang menempatkan beberapa sekolah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13

Bapa maut, anak melecur – Metro


Bapa maut, anak melecur

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya melecur 70 peratus selepas rumah teres dua tingkat dihuni mereka di Jalan Perdana 10, Pandan Perdana, di sini, terbakar, semalam.

Bagaimanapun, punca kematian Ng Chee Wei @ Peter, 52, dalam kejadian jam 5.40 petang itu mengundang persoalan apabila mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan kelar di tangan kanan di bilik tidurnya di tingkat atas.

Anaknya pula, Ng Qi Jang, 17, melecur 70 peratus dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ketua Zon Bomba Hulu Langat Hamdan Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.46 petang dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 15 anggota.

“Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian api yang terbakar di tingkat bawah dipadam jiran mangsa.

“Selepas ke tingkat atas, kami menemui dua beranak itu.

Mangsa lelaki terbabit gagal diselamatkan sementara anak perempuannya yang berada di sebelah melecur 70 peratus dan dalam keadaan separa sedar,” katanya kepada pemberita, semalam.

Hamdan berkata, kebakaran hanya berlaku di tingkat bawah dan tidak merebak ke tingkat atas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar.

FotoRUANG tingkat bawah hangus terbakar.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13

JPA kaji 100 skim perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan – Berita Harian


JPA kaji 100 skim perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan

2014/01/13 – 11:18:09 AMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji semula 100 skim perkhidmatan awam yang membabitkan kira-kira 800,000 penjawat awam bagi tujuan penambahbaikan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi melihat beberapa aspek yang perlu ditambah baik termasuk kemasukan dan tangga gaji.