Bapa runsing anak belum pulang – Sinar Harian


Bapa runsing anak belum pulang
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
13 Januari 2014
  • Bapa runsing anak belum pulangMohd Shukri merayu Amira Dania supaya pulang ke pangkuan keluarga. Gambar kecil: AmIra Dania.
< 1 / 1 >

TIKAM BATU – Seorang petani runsing memikirkan anak perempuan tunggal yang masih belum pulang ke rumah walaupun sesi persekolahan tahun 2014 telah bermula.

Shukri Mat, 47, dari Kampung Padang Binjal, Simpor Besar berkata, anak tunggal itu keluar rumah pada 13 Disember lalu sebelum persekolahan baru bermula dan tidak pulang sehingga sekarang.

Menurut Shukri, anaknya, Amira Dania Shukri, 17, bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini dan bimbang sekiranya masih belum pulang menyebabkan pembelajarannya terganggu.

“Saya sudah mencari di merata tempat mahupun bertanya kepada rakan-rakan terdekat termasuk saudara dan sepupu yang turut keluar mencarinya, namun masih belum ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Shukri, dia bimbang sekiranya anaknya terpengaruh dengan persekitaran tidak sihat atau terlibat dengan gejala tidak senonoh yang boleh merosakkan masa depan anaknya itu.

“Setiap malam saya keluar mencari dan menunggu di mana-mana sahaja lokasi yang dirasakan ada, tetapi sehingga kini masih belum menemui jejaknya,” katanya.

Menurutnya, ketika keluar rumah, anaknya memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jean, apabila ditanya mahu ke mana, dia menjawab mahu melawat kawan yang sedang menerima rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, sejak malam itu, dia tidak pulang ke rumah dan panggilan kepadanya juga terputus,” katanya.

Menurut Shukri, dia mengesyaki berlaku sesuatu yang luar biasa memandangkan anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah sejak hari kejadian.

Shukri berkata, tiada sebarang salah faham berlaku di rumah sebelum kejadian, malah, Amira Dania sempat memintanya menambah nilai kad pra bayar pada petang sebelum kejadian berkenaan.

“Memang menjadi kebiasaan saya menambah nilai kad pra bayar telefon bimbitnya setiap hari, namun dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu RM5 atau RM10,” katanya.

Dalam pada itu, dia ada mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional dan mengesahkan Amira masih berada di sekitar Sungai Petani menumpang di sebuah rumah bersama sebuah keluarga.

“Ada sekali sepupunya terjumpa di Karnival Jom Heboh, Amanjaya tetapi dalam keadaan bersesak-sesak, kenderaan yang mereka naiki tidak sempat untuk mengekorinya yang membonceng motosikal ketika itu.

“Sebaik sedar, dia sudah hilang dari pandangan,” katanya.

Mohd Shukri merayu sekiranya mana-mana pihak terjumpa dengan Amira Dania, boleh menghubunginya di talian 019-557 2983 atau 014-302 9352 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Laporan polis mengenai kehilangannya telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s